SUDI SUDIKANLAH, TINGGALKAN LINK ANDA UNTUK SAYA MELAWAT KEMBALI KE 'RUMAH' ANDA..

Tuesday, August 31, 2010

M.E.R.D.E.K.A

SaLam KeMerDeKaaN yg ke 53 untuk semua warga Malaysia....

Jika ditanya apa yang istimewanya pada tarikh 31 Ogos, mungkin setiap individu akan memberikan jawapan yang sedikit berbeza. 31 Ogos adalah sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia, Hari Kebangsaan Negara, Tarikh Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu dan tak kurang juga ada yang menjawab itu adalah tarikh lahirnya.
Apapun jawapan yang diberikan, yang pasti daripada tarikh itu setiap “rakyat” negara ini pastinya akan dapat mengingati sedikit-sebanyak peristiwa di sebalik tarikh tersebut, melainkan dia hanyalah seorang “penduduk” di negara ini yang kurang mengambil peduli sejarah yang tercatat pada tarikh berkenaan.
Pada tahun ini, jika masih diberi peluang bernafas sehingga 31 Ogos nanti, maka sekali lagi kita berpeluang mengingati peristiwa atau detik-detik kemerdekaan Tanah Melayu. Tahun 2010 ni adalah tahun kemerdekaan yang ke-53 sejak pengisytiharan pada tahun 1957.
Jadi sebagai perkongsian bersama, berikut merupakan Tema dan Logo Hari Kemerdekaan ke-53 (tahun 2010).

Logo dan Tema Hari Kebangsaan
1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI
(1 Malaysia, Generates Transformation)
Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan 
satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai 
semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan
Negara dan Rukun Negara.
Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling
bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir,
dan menghayati satu visi untuk membina satu
Negara Bangsa.

Kisah Arini

Arini 21 Ramadhan....

Arini cuti sempena 'M.E.R.D.E.K.A!!!! pLAn tAk Tao lg Nih...nk sHare BeKpEs Aimi CuK paGi ni..BiHuN GoReNg @ MaGGi..(bahasa Aimi cuk)


BiHun sEmpoi Namanya..ha3, coz tAruk teLur+saYur Kobis+'fisHball'


mUka BuDak LePas 'PeEl', sedAnG mAkAn!!

Monday, August 30, 2010

Up date ~Raya

Semangat betul tahun ni Aimi beraya. Asyik duk belek baju2 n kasut raya.. Weekends lepas, Aimi cuk dgn rela hati ingin meng'transformasi'kan dirinya sendiri. Nak tau????


nampak tak apa2 perubahan??

Jom...close up sket!!!


nampak??? Aimi dah ber'subang'....cantik tak???nasib tak nangis masa bertindik ni..



suke benor dgn subang baru..bawa p main 'ek ok', sbg upah nye....

Cerita 27hb..

Ingat tak entri aritu??? kes 27hb..he3.takde per sbenarnya, orang yg kami tggu dh muncul. Siapa lg, Mr Asben a.k.a Ayah Aimi cuk ler..he3. So, now kami bertiga lah. Means, Ayah beraya bersama tahun ni..aktivti kami bertiga skrg ni, petang2 pergi PARAM..seronot Aimi kata, g 'Pasar Malam'...ha3

Friday, August 27, 2010

Kurma Y.A.B

Sedang asyik duk suapkan Aimi cuk, dengarlh org bg salam..umah org sebelah rupanya. Abaikan lah...then, tk sampai 5 minit, pintu umah ku diketuk n ade org bg salam..ermmm, org yg sama td dr umah sebelah. Ade Pakcik [aku bantai je panggil pakcik, tkde lah tua sangat pun] kasi 1 kotak kurma..'Ambiklah' katanya..oooo, patutlah dgr akak sebelah tadi bercakap; "dah 17 hari pose, baru nak bagi ker?" rupenya...Aku ni, orang nak bagi kan, tak kan nak menolak..ishhhkk, tak sesuai plop. Korang tao tak kurma tu dari siapa???? jeng.. jeng....
v



v



v

ni haaaa...dr MB Terengganu. Aganye,orang lain dh abis berkotak, aku ni baru jer terima. he3..tahun lepas pun, rasenya ade jgk kot. Dah nak abis pose jgk, Mr Asben ntah cilok dr mane ntah, bawa balik umah..Apapun, terima kasih yea.

Breakfast

Arini weekends (Jumaat) bg kami yg duk Pantai Timur ni. So, arini berkesempatan utk buat bekpes Aimi cuk. Sian dir, Mak pose takkan die pun pose jgk. Nasi semalam ade lebih, so
buat  nasi goreng + telur je lh untuk die. Masak mcm ns goreng biasa jgk, cuma bahan2 nye tak pelbagai. Tapi, bwg merah n bwg putih tu haruslh.


haaaa..ni lah ghupe nye..taruk kicap sket. kasi ummpphhh!! tak tao lah aper rase, abis jgk semangkuk.

Arini..27hb @ 17 Ramadhan

Masih igt lg ttg 27hb?? tarikh yg buat hati kami berbunga riang??? tunggu yea.....
 D.A.N

Arini sudah 17 Ramadhan, sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 Ramadhan kita akan mengadakan peringatan Nuzul Al-Quran.

Bahkan hampir di seluruh negeri-negeri Islam, pemerintahan setempat secara rutin melaksanakan peringatan tersebut setiap tahun, yang sering-kali digabungkan dengan peristiwa Perang Badar Al-Kubra (terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, ketika umat Islam pertama kali melaksanakan shaum Ramadhan).


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.


HIKMAT AL-QURAN DITURUNKAN BERANSUR-ANSUR

Al-Quran diturunkan sedikit demi sedikit supaya mudah dihafal, difahami dan dilaksanakan. Ia sebagai satu rahmat dan kurniaan yang sangat berkesan kepada hamba-hambaNya. Sekiranya al-Quran diturunkan sekaligus, sudah tentu ia akan menyusahi dan memberatkan, baik daripada segi hafalan, pemahaman dan pelaksanaannya dalam kehidupan. Al-Khudhari mengatakan tempoh al-Quran diturunkan ialah 22 tahun 22 bulan dan 22 hari, bermula daripada 17hb. Ramadhan tahun 41 kelahiran Rasulullah s.a.w. hinggalah 9hb. Zulhijjah, tahun ke 10 Hijrah. Dalam tempoh tersebut al-Quran dihafal oleh Rasulullah dan para sahabat serta dicatat oleh panitia penulis al-Quran kemudian dikumpulkan pada zaman Sayidina Abu Bakr r.a. dan disempurnakan pada masa Sayidina ‘Uthman r.a. Antara hikmat utama Allah SWT merencanakan penurunan al-Quran kepada baginda Rasulullah SAW ini secara beransur-ansur adalah seperti berikut :
  • 1. Untuk menetapkan jiwa Rasulullah s.a.w. dan menguatkan hatinya. Ini kerana dengan turunnya Jibril a.s. membawa wahyu secara berulang-ulang daripada Allah SWT kepada Rasul-Nya dapat menguatkan jiwa Rasulullah s.a.w. Baginda dapat merasakan pertolongan serta inayat Ilahi tersebut. Tanggungjawab sebagai Nabi adalah berat dan Rasulullah sebagai seorang manusia yang sudah tentu akan menghadapi pelbagai cabaran getir dalam menyampaikan risalah bukan sahaja menghadapi tekanan, sekatan, cercaan, maki hamun malah ancaman nyawa daripada kaumnya sendiri Quraisy dan juga dari kalangan Yahudi dan orang munafik. Tentulah beliau memerlukan belaian wahyu sebagai penenang kepada semua itu.
  • 2. Untuk mendidik masyarakat waktu itu secara beransur-ansur. Ini akan memudahkan mereka untuk memahami al-Quran dan menghafaznya serta dapat beramal dengannya berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di kalangan mereka. Oleh itu mereka dapat mengikis akidah amalan dan adat yang bertentangan dengan Islam secara beransur-ansur. Oleh itu sedikit demi sedikit ianya dapat dihapuskan.
  • 3. Untuk menyesuaikan dengan peristiwa yang baharu berlaku iaitu apabila timbul sesuatu masalah di kalangan mereka, turunlah al-Quran menentukan hukum yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut. Contohnya, ayat mengenai persoalan roh dan seumpamanya.
  • 4. Untuk menunjukkan bahawa sumber al-Quran itu Kalam Allah SWT semata-mata. Ia bukan ciptaan Nabi Muhammad s.a.w. atau makhluk lain.

SEJARAH PENGUMPULAN DAN PEMBUKUAN AL-QURAN

AL-QURAN yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw melalui beberapa cara iaitu:
  • Jibril memasukkan ke dalam hati Baginda dalam keadaan Baginda tidak melihat apa-apa, hanya Baginda berasa bahawa wahyu itu berada dalam hatinya.
  • Malaikat memperlihatkan dirinya sebagai seorang lelaki dengan mengucapkan ayat kepada Baginda sehingga Baginda benar-benar dapat menghafaz ayat yang diturunkan itu.
  • Wahyu datang kepadanya berserta bunyi loceng. Ini adalah cara yang paling berat dihadapi oleh Baginda sehingga keadaan baginda sangat panas walaupun ketika itu cuaca sangat sejuk.
  • Jibril memperlihatkan dirinya yang sebenar sepertimana yang dialami oleh Baginda sewaktu turunnya ayat surah al-Muzammil.
Sejarah penurunan al-Quran pula terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:
  • Allah menurunkan al-Quran ke Luh Mahfuz secara sekali gus bukannya secara beransur-ansur. Firman Allah dalam surah al-Buruj ayat 21 - 22 yang bermaksud: “Bahkan apa yang didustakan mereka itu ialah al-Quran yang mulia, yang tersimpan dalam Luh Mahfuz.”
  • Dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia juga diturunkan sekali gus. Firman Allah SWT dalam surah ad-Dukhan ayat 3 maksudnya:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran di malam yang penuh keberkatan.”
Firman-Nya lagi dalam surah al-Qadar ayat 1 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr.”
Firman-Nya lagi dalam surah al-Baqarah ayat 185 maksudnya:
“Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran.”
  • Turun dari langit dunia kepada Nabi saw melalui perantaraan Jibril bermula tanggal 17 Ramadan .
Firman Allah dalam surah as-Syura ayat 192-195 maksudnya:
“Dan sesungguhnya al-Quran itu benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam, dibawa turun oleh Ar-Ruhul Amin (Jibril) ke dalam hatimu (Muhammad saw) supaya kamu menjadi salah seorang di antara orang yang memberi peringatan dengan bahasa Arab yang jelas.”
Setiap ayat yang dibawa oleh Jibril dihafaz oleh Nabi SAW kemudian baru dibacakan kepada sahabat. Nabi saw menghafaznya betul-betul bimbang jika tertinggal perkataan tertentu atau huruf tertentu.
Baginda mengulangi bacaan ketika Qiamullail(bangun malam) dan solat. Setiap tahun sekali Nabi SAW ditasmi (mendengar dan membetulkan) bacaannya oleh Jibril(Angel Gabriel) dalam bulan Ramadan secara bertadarus.
Pada akhir hayat Baginda, Jibril mentasminya sebanyak dua kali.
Sahabat berusaha dan bersungguh-sungguh menghafaz dan mempelajari serta memahaminya dengan menjauhi kenikmatan tidur dan rehat.
Sebagaimana Rasulullah saw, sahabat turut memanfaatkan masa malam mereka untuk memantapkan hafalan mereka.
Di antara huffaz(penghafaz/ penghafal Al-Quran) terkenal daripada sahabat iaitu empat orang Khulafa Ar-Rasyidin (Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman al-Affan dan Ali bin Abi Talib), Talhah, Ibnu Mas’ud, Huzaifah, Abu Hurairah, Ibnu Omar, Ibnu Abbas, (Ai’syah dan Hafsah){isteri Rasullullah).
Termasuk daripada orang-orang Ansar(penduduk asal Kota Madinah) seperti Ubai bin Ka’ab, Muaz bin Jabal, Zaid bin Thabit, Abu Darda’ dan Anas bin Malik.
Pada masa sama, Nabi SAW melantik beberapa sahabat sebagai penulis wahyu.
Mereka menulisnya sebagai salah satu teori pembelajaran berkesan setiap kali wahyu turun sebagai tambahan dalam hafalan supaya tidak hilang begitu saja.
Di antara penulis itu ialah empat Khulafa’ Ar-Rasyidin, Muawiyah bin Abu Sufian, Khalid bin al-Walid, Ubai bin Kaab dan Zaid bin Thabit.
Penulisan pada waktu itu hanya dibuat diatas kulit kayu,batuan,kulit haiwan dan kain-kain sahaja berikutan kertas belum diketemukan.
Pada masa itu iaitu sewaktu Rasulullah SAW masih hidup, ayat al-Quran tidak dihimpunkan dalam satu mashaf(teks lengkap yang berbuku).

Ini disebabkan kepada beberapa faktor iaitu:

  • Tidak ada faktor yang membolehkan untuk dikumpul satu mashaf daripada kemudahan penulisan, sedangkan sewaktu itu ada ramai huffaz(penghafal Al-Quran) dan qurra’(pembaca Al-Quran).
  • Ada di antara ayat yang diturunkan itu nasikh dan mansukh(hukum atau ayat yang bertukar disebabkan perkara tertentu) .
  • Ayat al-Quran tidak diturunkan sekali gus, tetapi beransur-ansur.
  • Setiap ayat yang turun adalah atas satu-satu faktor, sebab dan peristiwa.
Pada zaman Saidina Abu Bakar menjadi khalifah ramai huffaz mati dalam peperangan Yamamah iaitu hampir 70 orang.
Lalu Saidina Umar mencadangkan kepada Saidina Abu Bakar supaya dihimpunkan helaian ayat-ayat Al-Quran yang ditulis berasingan sebelumnya kerana bimbang akan kehilangannya dengan sebab kematian huffaz dan qurra’.
Pada mulanya beliau ragu-ragu kerana Nabi SAW tidak pernah melakukannya dan takut seandainya berlaku perubahan ayat atau pertukaran ayat al-Quran.
Selepas dibincang dengan teliti, atas alasan maslahah dan menyedari bahawa ia adalah satu wasilah yang paling agung untuk memudahkan menghafaznya serta mengelakkan daripada hilang dan luput, maka Saidina Abu Bakar bersetuju untuk dikumpulkan ayat al-Quran itu.
Maka dipanggil beberapa huffaz dan penulis wahyu zaman Nabi saw yang masih hidup antaranya Zaid bin Thabit bagi meneruskan usaha penulisan al-Quran.
Al-Quran kemudian ditulis oleh Zaid hasil pengumpulan daripada lembaran yang ada dan akhirnya diikat kemas, tersusun turutan ayatnya sebagaimana yang ditetapkan oleh Rasulallah SAW.
Mashaf ini diserahkan kemudiannya kepada Saidina Abu Bakar. Selepas kewafatannya, diserahkan pula kepada Saidina Umar al-Khattab.
Selepas beliau wafat, mashaf itu dipindahkan ke rumah Hafsah, isteri Rasulullah SAW yang juga anak Saidina Umar sehingga ke saat pengumpulan dan penyusunan Al-Quran pada zaman Khalifah Uthman.

Apabila berlaku pertentangan dari sudut bacaan ayat Al-Quran (disebabkan kemunculan ilmu Qiraat yang telah diizinkan Nabi Muhammad sebelumnya), ia akhirnya memaksa kepada tindakan Khalifah Uthman untuk membukukan Al-Quran. Maka dibentuk satu jawatankuasa penyelaras dalam usaha membukukannya.
Pada peringkat awal,jawatan kuasa penyelaras Al-Quran itu telah membukukan sebanyak 6 buah naskah Al-Quran iaitu untuk dipegang oleh Khalifah Uthman bin Affan sendiri,naskah dihantar ke Kota Basrah,naskah kepada kota Kufah dan kota Syam serta sebuah naskah ke kota Madinah Al-Munawwarah dan sebuah lagi ke kota Makkah Al-Mukarramah.Manakala,kemudiannya diciptakan 2 buah naskah khas yang disalin terus dari naskhah Khalifah Saidina Uthman bin Affan untuk pegangan Sheikh Umar Dany dan Sheikh Abu Daud Sulaiman bin Najah.Dua salinan baharu itu hanya digunakan tatkala timbulnya perselisihan berkenaan teks salinan sebenar Kitab suci Al-Quran, serta membetuli akan keraguan dalam mashaf Al-Quran enam buah seperti yang dinyatakan diatas, akibat timbul dari perbezaan sebutan dan periwayatan imam-imam Qiraat.
Mashaf Uthmani yang asli yang dipegang oleh Khalifah Uthman sendiri serta 2 buah kitab yang disalin darinya sebenarnya ditulis dan disalin mengikut ejaan dan sebutan Arab Quraisy yang tepat mengikut bacaan Nabi Muhammad selaku seorang yang berbangsa Arab Quraisy.Ini dapat dibuktikan dengan penulisan dan pembarisan ayat-ayat Al-Quran mashaf Uthmani itu sendiri yang diriwayatkan oleh Hafs bin Sulaiman ibn Mughairah Al-Asadi Al-Kufi menurut bacaan Asim bin Abi Najud Al-Kufi At-Taabie daripada Abi AbdilRahman Abdillah bin Habibi Sulami daripada Uthman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Zaid bin Sabith dan Ubai bin Kaab dan akhirnya daripada Muhammad bin Abdullah(Nabi SAW).
Manakala cara membarisnya pula adalah diambil daripada apa yang telah diakui kesahihannya oleh para Ulama seperti yang dibandingkan dalam Kitab “At-Tarazu Ala Dhabtil Kharazi” karangan Imam At-Tanassi dengan mengambil tanda-tanda Al-Khalil bin Ahmad dan Para pengikut daripada kalangan(Masyariqah) Masyarakat Al-Quran,gantian daripada tanda-tanda yang disepakati oleh orang Andalusia(di Spanyol) dan orang-orang Maghribi.
Akhirnya terhasillah apa yang dinamakan Mashaf Uthmani hasil penggemblengan tenaga oleh Zaid bin Thabit sebagai ketua, Abdullah bin Zubair, Said bin Ash dan Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam.
Akhirnya mashaf Uthmani itu bertebaran ke seluruh dunia yang menjadi panduan umat Islam yang paling utama hingga hari ini.


Thursday, August 26, 2010

Gosok GG

Lately ni Aimi cuk, liat betul nak gosok gigi. Siap berperang dulu dlm bilik air kalau nak suruh die gosok gigi. Then, aku??ade jgk tahap kesabaran nye bila die ber'peel' mcm tu. Since die terjatuh dan gigi patah aritu lah. Dah jd fobia agaknya. Nak sentuh gigi die pun tak kasi. Aduhai...pening kepala Mak bila memikirkan nya..at last, sekarang ni die gosok  sendiri jer @ aku 'monitor' dan mengarah itu ini..camne yea nak bg die ilang fobia bout GG ni????

Panduan; bole h jgk baca ni...

Teknik didik anak gosok gigi

Gigi yang cantik, kemas, putih dan berseri sebenarnya bermula pada peringkat janin lagi justeru, pengambilan makanan ibu terutama makanan mengandungi kalsium ketika hamil sangat penting kerana ia akan mempengaruhi pembentukan gigi dan janin itu sendiri.
Selepas bayi dilahirkan, biasakan mengelap batas gusinya menggunakan tuala basah dengan lembut selepas menyusu. Langkah mengeringkan batas gusi bertujuan mengelakkan sisa susu tertinggal di dalam mulut yang kemudian akan berlendir dan mengembang.
Apabila bayi dibiasakan dengan tabiat penjagaan gigi sejak kecil, dia akan berasa selesa dengan keadaan itu dan penjagaan gigi akan menjadi perkara biasa. Antara panduan yang boleh diikuti ibu bapa ialah:
* Pada ketika usia kanak-kanak mencecah tiga tahun, ibu bapa boleh memperkenalkannya dengan berus dan ubat gigi kanak-kanak. Tetapi pastikan ibu bapa yang menggosok gigi anak dan tidak membiarkan anak melakukannya sendiri bagi memastikan gigi digosok dengan baik dan anak tidak tertelan ubat gigi.
* Kebanyakan ibu mengambil posisi di hadapan ketika mengajar anak-anak. Teknik ini sebenarnya salah, untuk lebih berkesan ibu harus berada di belakang, sambil memegang tangan anak dan menunjukkan cara membersih lidah dan memberus gigi yang tepat.
* Ajar mereka menggosok gigi mengikut jadual setiap pagi dan malam. Pastikan ibu bapa juga menjaga gigi dan jika boleh, lakukannya bersama anak mereka.
* Pilih berus gigi dan ubat gigi sesuai mengikut peringkat usia kanak-kanak. Berus gigi beraneka bentuk serta warna akan mempengaruhi kanak-kanak memberus gigi.
* Seawal usia dua setengah tahun, bawa anak berjumpa doktor gigi walaupun dia tidak berhadapan dengan masalah gigi. Jangan tunggu sehingga giginya sakit kerana ia akan meninggalkan ‘pengalaman ngeri’ apabila berhadapan doktor gigi. Lawatan pertama tanpa kerosakan akan membuatkan dia suka dan menyenangi doktor gigi.
* Jadikan lawatan ke doktor gigi sebagai perjumpaan keluarga. Kanak-kanak cenderung untuk meniru sikap ibu bapa. Rasa gerun dan gentar pada doktor gigi akan hilang dengan sendirinya.
* Jika anak menikmati makanan manis, ajar dia menggosok gigi selepas makan atau minum.
* Ajar anak memilih snek yang kurang gula. Makanan yang manis elok diberi selepas waktu makan dan bukan antara waktu makan.
Air liur pada waktu makan akan membantu membersihkan gula dalam mulut. Ada pelbagai punca yang menyebabkan masalah gigi. Antaranya adalah pembersihan gigi yang tidak betul menyebabkan kewujudan plak atau lendir selaput gigi yang mengakibatkan gigi cepat rosak. Justeru, pembersihan efektif dan teknik yang betul sangat diperlukan.
Kerosakan gigi susu yang menyeluruh dan reput disebabkan tiada tabiat menggosok gigi sejak kecil. Ini ditambah pula dengan tabiat memakan makanan yang terlalu banyak mengandungi gula, tetapi tidak pula membersihkan gigi selepas makan.
Menghisap puting, susu botol atau menghisap jari juga antara punca masalah gigi. Pastikan kanak-kanak tidak menghisap puting atau menghisap jari.
Tabiat ini akan mengganggu pembentukan tulang rahang dan boleh menyebabkan giginya jongang. Jika anak menghisap susu botol, pastikan puting susu dijauhkan dari mulut ketika dia tidur.

Fakta di atas aku cilok kat SINI !


MoOd Raya!!

~ 16 Ramadhan~

Arini dah menjengah setengah bulan pose, lagu2 raya dah berkumandang..MOOD raye?? takde lah excited sgt dh tua2 ni..tp ade lah sikit buat preparation utk Raya..seperti ni

1. Baju Raya Mak ~ Done
2. Tudung ~ Not Yet!! oppsss, credit to Mr. Asben : Arianni yea!
3. Baju Melayu Ayah ~ Done
4. Baju Raya Aimi :
    - Kurung ~ Done
    - Lain2 ~ Not settle yet!!
    - Kasut & sandal ~Not settle yet!!

   ** Dah soping untuk Aimi cuk, tp Ayah kata tggu die balik..nak p soping lg..he3

5. Kuih Raya ~ Done [last minute, sure ade penambahan nnt]

Tengoklah nnt klu ade penambahan lain2..langsir tahun lepas baru er buat. Tahun ni ala kadar sahaja. Sederhana, tak mao membazir..kunun!! coz tahun ni BONUS tarak!!!!!!

Wednesday, August 25, 2010

cik P..oooh cik P

~ 15 Ramadhan~
Arini dah masuk ari ke 14 cik P menjenguk ni..ermmm,means dah 14 hari sy tak...P***..huhuhukkk.jenuh mengganti lah pas ni. Kali ni dah 2,3x kali jd mcm ni..selalu tak normal mcm ni. Aku pun dah tak nak wat camner. P jumpa pakar, dah pun. Makan ubat hormon..ermmm, tau2 je lah. klu bab mkn ubat ni. Bukan liat mkn ubat, tp pelupa. Kadang mkn,kdg tak. hehehe..sebab tu aku tak praktis kan utk mkn PIL PERANC*** tu. Kekdahnya..haru le jwbnye. Ni kiranya cik P cover utk 3 bln yg lepas..huhuhukk, sadis betul ar!! Ni,bout ttg cik P.. 

 **ehsan : Google

 Hukum Mempelajari Haid

a) Bagi wanita adalah fardu ain bagi yang sudah baligh, karena berkaitan secaran langsung dengan dirinya.

b) Bagi seorang laki-laki hukumnya adalah fardhu kifayah karena tidak secara langsung berkaitan dengan dirinya.

Pengertian Haid

Haid merupakan darah yang mengalir dari kemaluan wanita yang sudah mencapai usia minimal 9 tahun kurang 16 hari atau kurang sedikit (8 tahun 11 bulan 14 hari lebih sedikit) yang tidak disebabkan sakit atau melahirkan.

Sehingga apabila ada seorang wanita mengeluarkan darah sebelum sampai pada usia tersebut, maka tidak disebut sebagai darah haid.

Sedangkan apabila seorang wanita mengeluarkan darah yang sebagian masuk usia haid dan sebagian belum masuk usia haid maka darah yang dihukumi haid adalah darah yang keluarnya sudah masuk pada usia haid.

Contoh :

Wanita yang berusia 9 tahun 20 hai mengeluarkan darah 7 hari, maka yang 4 hari pertama lebih sedikit dihukumi istihadhah dan 3 hari kurang sedikit dihukumi darah haid (dengan catatan jumlah darah ada 24 jam dan tidak melebihi 15 hari 15 malam)

Ketentuan Darah Haid

a. Keluar dari wanita yang usianya minimal 9 tahun kurang 16 hari kurang sedikit

b. Darah yang keluar minimal 1 hari 1 malam, jika keluar terus menerus atau 24 jam ataupun terputus-putus

c. Tidak lebih dari 15 hari 15 malam, jika keluarnya terus menerus

d. Keluar setelah masa minimal suci yakni 15 hari 15 malam dari haid sebelumnya.

"dalam masalah haid pemisah antara haid yang satu dengan haid yang lainnya harus ada jarak 15 hari 15 malam"

Dan jika masa pemisahnya kurang dari 15 hari, maka perinciannya sebagai berikut:

a) Bila darah pertama dan darah kedua masih dalam ruang lingkup 15 hari terhitung permulaan keluarnya darah pertama, maka semua dihukumi darah haid termasuk masa berhenti.

Contoh : 2 keluar darah pertama

6 tidak mengeluarkan darah

4 keluar darah ke-2

b) Bila darah kedua diluar 15 hari dari permulaan darah haid pertama (jumlah masa pemisah ditambah darah pertama tidak kurang dari 15 hari) sementara jumlah masa pemisah ditambah darah kedua tidak lebih dari 15 hari, maka darah kedua dihukumi darah fasad (kotor).

Contoh : 3 keluar darah 1

12 tidak keluar darah

3 keluar darah kedua

Maka;

3 hari pertama dihukumi haid

12 hari tidak keluar darah dihukumi suci

3 hari kedua dihukumi darah kotor (fasad)

c) Bila jumlah masa suci pemisah ditambah darah kedua melebihi 15 hari maka sebagian darah kedua dihukumi darah fasad (untuk menyempurnakan masa minimal suci pemisah) dan sisanya dihukumi haid yang kedua bila memenuhi ketentuan haid

Contoh :

· Keluar darah pertama 3 hari

Tidak keluar darah 12 hari

Keluar darah kedua 6 hari

Maka, 3hari pertama dihukumi haid kemudian 12 hari dihukumi suci 3 hari darah kedua dihukumi darah kotor dan 3 hari akhir darah haid

· Keluar darah 10 hari

Berhenti 10 hari

Keluar darah 10 hari

Maka, penentuan hokum seperti ini bila masa keluar darah kedua setelah dikurangi masa minimal suci sisanya tidak lebih dari 15 hari dan jika melebihi 15 hari maka darah yang dikeluarkan wanita tersebut adalah darah istihadhah.

Contoh :

Keluar darah pertama 10 hari

Tidak keluar darah 10 hari

Keluar darah kedua 25 hari

Maka, darah pertama selama 10 hari dihukumi darah haid, 10 hari kedua saat tidak keluar dihukumi suci ditambah 5 hari saat keluar darah kedua (sebagai penyempurna 15 hari). Sedangkan sehari setelah itu dihukumi haid yang kedua dan sisanya istihadhah. Hal ini jika ia adalah seorang wanita yang pertama kali mengeluarkan darah dan darahnya tidak bias dibedakan (ghoiru mumayizah)

Sholat Yang Harus Di Qadha' Saat Datang & Berhentinya Darah Haid/Nifas

a. Pada wanita yang tidak dawamul hadats (terus menerus mengeluarkan hadats) keluarnya darah pada wanita yang sekiranya cukup digunakan untuk shalat sementara dia belum melaksanakan shalat.

b. Bagi wanita yang dawamul hadats, keluarnya darah ada jarak waktu yang cukup digunakan shalat dan bersuci

Berhentinya Darah

Kalau berhentinya darah masih berada pada waktu yang dapat digunakan untuk takbiratul ihram, maka shalat tersebut harus diqadha' dan jika bersamaan dengan shalat yang bias dijama' maka harus diqadha' dengan shalat sebelumnya.

Contoh :

Berhenti maghrib kurang 1 menit, maka yang wajib diqadha' adalah shalat dhuhur dan asar.

Warna Darah

1. Hitam 4. Kuning

2. Merah 5. Keruh

3. Merah kekuning-kuningan

Sifat Darah

a) Kental

b) Encer

c) Berbau

d) Tidak berbau

Syarat Darah Yang Dikatakan Mumayizah

· Darah kuat tidak kurang dari sehari semalam / 24 jam.

· Darah kuat tidak lebih dari 15 hari

· Darah lemah tidak kurang dari 15 hari 15 malam, jika keluar darahnya terus menerus

· Darah tidak selang-seling

RINDU...

Cerita malam tadi before tido....

.... Payah betul la nak tido si Aimi Cuk sekarang ni. Leni dah tak tido dlm buai dah (malam hari sahaja)..malam tadi, landing pukul 10pm, die sibuk lagi nak main2 n menulis dlm kegelapan (lampu dh tutup daaa)..kdg2 Mak plak yg lena dulu dr Aimi.. tiba2 malam td, die sebak..bila aku tanya, Aimi rindu Ayah ker????huuuuwaaaaaaa...makin kuat nangis sambil panggil Ayah..sian plak die..tggu ye Ayah balik nanti. Nanti kita g ambik Ayah. Tu je la pujukan yg dapat meredakan tangisnya. Sian die, tido sambil esak2..basah bantal!!! "AYAH...AIMI RINDU AYAH..."!!!! Cepat balik....

Tuesday, August 24, 2010

Tebus JANJI!

Sudah lama janji sama budak ini untuk bawa die g main 'ek ok' @ playground (adalah 1 mggu). Last 2 weeks, dah bawa g main 'ek ok' kat Giant. Kali ni kita berubah angin. 

Kejadian : Hujung minggu lepas @ Petang Jumaat, 20/8/2010
Masa : 5.00pm
Tempat : 'Ek Ok' @ Playground Panatai Teluk Ketapang (Belakang KUSTEM)
Peserta : Aimi Cuk & Mak .. & the others (pengunjung lain lh, tk kenal pun)

Seronok juga lepak kat sini, tk ramai sangat orangnye, means tkde lah crowded sgt. Lagi pulak, ari pose kan..hehehe. sambil2 hirup udara n angin pantai. Penah lah datang ke sini..2,3x sebelum ni..Tak yah citer pjg lah...jom!!

v



v



v

mula-mula, main buaian..buai laju2, sampai ujung sana..

pastu main benda alah ni..'ek ok' la kot!


 
jongkang jongket



best pic of that Day!!

Hasilnya : Aimi suke, suke sangat sampai tak mao balik....huuuaaaaaaaa!!

Rambut Baru

Raya kan dah tak lama..Aimi cuk dah buat fesyen baru rambutnya untuk raya tahun ni..Tengoklah!!

|



|



|

chAnteeK tak??????

Cl0sE Up skEt...

|

ha3..ni die, fesyen dr cik Aimi cuk..
** ntah apa2 lah Aimi cuk ni, time ni aku duk syiok layan Tv. Tb2 terpandang die, dh gini rupanya..

Aimi cuk : " Cantik tak rambut Aimi, Mak?"
Aku : "Chantekkkkkkk"....'sambil gelok beso'
Aimi : ...'tersipu2 malu'...
Aku: Nanti kita tunjuk Ayah ye rambut baru Aimi.... hahahahahha!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...