SUDI SUDIKANLAH, TINGGALKAN LINK ANDA UNTUK SAYA MELAWAT KEMBALI KE 'RUMAH' ANDA..

Wednesday, November 25, 2009

Lagi Pic cuti n santai

 Ni ada lagi pic yg aritu tak dapat upload..

apalagi..aiskrim,Baskin Robbin..

Berebut-rebut dgn ayah,dok bg ayah makan aiskrim dia

Laju jer suap aiskrim,dok pandang kiri kanan

Pic ni kat Terminal Satay Zul,Ktn..bekas ditgn tu xcually tempat isi tisu,mula2 main2 la..akhirnya dibuangnye bekas tu,nsb tuan kedai tak nampak..


Sabor menunggu..


Pic ni di snap masa Aimi zzzzzzzzzz,dlm keta.Dh otw dari Ktn,terpandang dia tertido dgn dedeq bucuknya 

Santai At Shahbandar

Lepak2
 

Tuesday, November 24, 2009

Adakah anak anda...?

Sedang asyik tatapi facebook,tiba2 mata terhenti melihat arkitel ini..
Mari Kenali Ciri-ciri Kanak-kanak Pintar

www.iluvislam.com
Oleh : Mohd Shahrul Naim*
Editor: naadherah


Sejujurnya saya memang berminat dalam mengkaji topik "kanak-kanak pintar". Izinkan saya berkongsi dengan sahabat-sahabat semua maklumat yang saya dapat:

cool Ciri-ciri positif dari aspek fizikal, psikologi dan tingkahlaku kanak-kanak pintar cerdas

Pengamatan tinggi
• Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang

Keinginan untuk tahu tinggi
• Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara

Minat mendalam
• Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut

Menerima infomasi dengan pantas
• Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak

Ingatan yang tinggi
• Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat

Mungkin dapat membaca lebih awal
• Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun

Kerap membaca serta meluas
• Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas

Tatabahasa yang tinggi
• Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggih serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan unik

Tahap penumpuan yang lama
• Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran

Kebolehan menyelesaikan masalah
• Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi

Suka bertanya dengan lebih teliti
• Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku

Keupayaan imaginasi yang tinggi
• Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya

Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial
• Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi dunia,isu-isu alam sekitar

Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku
• Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan

Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan
• Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untu orang lain

Bersemangat dan bertenaga
• Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian

Pandai berjenaka
• Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami

Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan
• Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna

Perkembangan asynchronous
• Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan sosial adalah tidak sekata sebagai contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya dan kanak-kanak 6 tahun dari segi emosinya

embarrassed Ciri-ciri negatif dan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas

Permasalah dari segi perkembangan asynchronous

1. Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh memahami secara intelektuel mengenai perkara-perkara abstrak tetapi tidak mampu menagani perkara-perkara yang melibatkan konsep emosi yang mana akan membawa mereka ke arah kebimbangan seperti kematian masa hadapan seksualiti dan isu-isu yang lain

2. Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan membataskan perkara atau kerja yang mereka berupaya menyelesaikannya melalui gambaran intelek mereka.
Sikap teliti dan mementingkan kesempurnaan boleh mendorong mereka kearah kekecewaan

3. Mereka boleh terlibat sama dalam perbualan orang dewasa seperti isu-isu global untuk satu minit tetapi selepas itu mereka akan menangis kerana mainan kegemaran mereka diambil oleh seseorang

Permasalahan dari segi pertuturan yang kehadapan dan kebolehan memberi alasan

1. Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya bersikap tidak mahu mengalah dalam apa-apa perkara. Walaupun begitu mereka tetap kanak-kanak dan memerlukan disiplin yang betul sengguh pun mereka itu bijak

2. Mereka boleh mempengaruhi orang lain. Ibu bapa dan orang dewasa lain perlu mangambil berat supaya mereka tidak menjadi orang yang mampu mempengaruhi orang lain kearah keburukkan.

3. Mereka juga akan cuba bersikap tunjuk pandai terhadap ibu bapa dan guru

Permasalahan dari segi sikap teliti dan kesempurnaan serta masalah emosi yang sensitif

1. Sikap kesempurnaan boleh membawa mereka kepada takut terhadap kegagalan sehingga mereka menjadi seorang yang putus asa

2. Mereka ini memerlukan data-data yang lengkap sebelum manjawap soalan-soalan yang diberikan, mereka sebenarnya lebih suka mencari jawapan sendiri kerana mereka malas untuk bersosial

3. Sikap sensitivity dan juga perkembangan minda mereka mampu untuk memikirkan hal-hal seperti peperangan, kebuluran, pencemaran, ketidak adilan dan keganasan. Jika mereka terlampau memikirkan isu-isu ini mereka akan mengalami masalah ‘introverted’ dan mungkin menjurus kearah “existential depression”.

*bukan karya sendiri tetapi diubahsuai

Monday, November 23, 2009

Aktiviti di musim ujan..

Rabu n Khamis aku mintak cuti,coz cuti tahunan byk ag..ada la lbh kurang 26ari ag..klu cuti pn,nak ke mana yer ujan2 nih?ujan dr selasa lepas ag,naik flight balik KL pun terasa dup dap berdebar..nasib landing ke bumi dgn selamatnya..dlm ati Tuhan jer tau takutnya aku musim2 ujan nih..rabu lepak kat umah coz ujan satu ari suntuk, khamis v all redah gak ujan, trip to kuantan..takleh kemana2 pn jgk..ujan...Jumaat, skali lagi v all gamble to Bukit Gambang Resort,ala2 dh sampai..sedang elok jer v all melangkah kaki ke sana..ujan turun dgn lebatnya,seolah2 mengalu-alukan kedatangan kami...ticket masuk rm 19.90 utk dewasa,aimi tk kena sbb ketinggian nya tdk melebihi penguin yg ada (dok dang ambik pic) coz teruja nk masuk.kat dlm sana, nk beli apa2 @sewa tube ke dokleh guna cash,kena guna e-value(mcm top-up..game ok,tempat ok..tp mkanan je la dok ok.cuma ada satu jer restaurant yg ada n food nyer dok brp ok la utk aku,ada ns lemak,ns ayam and few mknan barat. Lapor nyer psl,aku belasah jer nasi lemak 2, and set fried chicken utk aimi.Terkena kali ni, ayam busuk,langsung dokleh makan.Buang je la.(Psst..tukang masak tlg make sure jgn terjadi lagi mcm ni yer) Sian aimi,nsb ada fries,bole kunyah.Actually v all nyer program ni, kiranya mkn dulu br main air.hahaha..perut pn dh isi, nk tggu ujan berhenti mmg dok,tgk pd keadaan nyer,so apalagi mandi dlm ujan la..takut jgk la si aimi ni demam,haru aku!

 Posing time..


with Ayah


sama sibuk nak jgk pakai tag,Aimi tak kena charge pun sbb bwh umo
 

dpn salah satu game kt sana,mata melilau duk cari port


ujan pn redah jgk..


suka nyer..


udah kesejukan..tp still lagi ada niat nk main

nyum nyum,lapor..


Di pesisir pantai..

Actually Pic ni dh 2minggu lepas, sibuk dok dang nak upload..saje ambik angin pantai Teluk Ketapang.ada le jgk 2,3 pic,yg lain tak dapat upload,ntah apa error ntah,hp ni buat hal..actully ni hasil dr hp baru(cewah) SE G705..ok la gak pic nyer..

Just arrive..menghayati keindahan ciptaan Tuhan,sambil kepok kat tangan


Posing with Mak

Geli pasir..Mak huhuhu



Dh ok sket,try berjinak2 dgn pasir



uuuuu...



takut ombak plok..



Cubaan berani mati..



senyum...seronok main ombak,tak mau balik


Tuesday, November 10, 2009

......???



Entry kali ni takde tajuk..minggu ni rase nyer tkde citer menarik sgt2 nak share,sibuk dgn keja kat opis yg dok penah surut tu..msk class, mark paper,keja2 admin...etc..urmmm byk nyer keja yer. Alangkah seronok nyer klu dpt relax time ni,means ambik cuti panjang p makan angin (sampai perut kembung).hahahaha..bw si aimi jln2.ermmm nnt dipikirkanagaknyer ke mana destinasi..cuti byk lagi ni.keja sampai bila tk abis kan???



Thursday, November 5, 2009

muncul kembali..

askm..rase nyer sudah lama tidak bersua di laman blog ni. bukan apa, sibuk sket..banyak perkara nak dibuat.itu, ini..kerja pun semakin banyak ni..sekarang ni duk buat kerja luar jer,sampaikan paper bdk kat atas meja tu dh menimbun..so, dalam minggu ni byk masa di habiskan kat meja ni,sambil2 layan pc..nanti ada apa2 citer, kita share lagi yer...bye
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...