SUDI SUDIKANLAH, TINGGALKAN LINK ANDA UNTUK SAYA MELAWAT KEMBALI KE 'RUMAH' ANDA..

Monday, September 26, 2011

RENUNGAN : 'SEBELUM SEMUANYA TERLAMBAT'...


Seorang isteri mengadu pada suaminya…..”bang badan saya sakit-sakit”….lalu suami berkata….”itu la buat kerja banyak sangat, sakit urat kot”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa pening rasa nak pitam”…lalu suami berkata….”dah lah tu…makan panadol…..penat sangat tuh”.

Seorang isteri mengadu…..”bang duit belanja dapur dah habis”….lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi …takkan dah habis…pening la macam ni”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa penat nak bersama”….lalu suami berkata…”ala asyik penat jer….stress betul”.

Seorang isteri mengadu …..”bang badan saya kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”...lalu suami berkata…..”nak demam kot”.

Seorang isteri mengajak…..”bang boleh bawak saya bergi buat check –up tak”…lalu suami berkata….”lain kali la…abang busy…lain kali kita pergi”.

Seorang isteri memohon…..”bang….boleh bagi saya cuti satu hari….saya nak berehat…abang bawak anak keluar…saya betul-betul dah penat”….suami berkata…..”alaaaa…abangpun penat juga”.

Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana diingini…..

Namun suatu hari….

Si isteri merayu sambil menangis….”Bang sempena hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh tolong saya tak? Tolong bawa anak-anak keluar sekejap tak saya nak tidur”.

Lalu melihat kan airmata dan rayuan isteri tadi suami bersetuju….”baiklah abang bawak pergi rumah mak…nanti petang abang balik”.

Namun, sekembalinya suami ke rumah……si isteri dilihat tidur dengan nyenyak dan apabila dikejutkan si isteri rupanya telah tidur untuk selamanya…..

Akhirnya suami tadi sedar tapi segalanya dah terlambat baginya….

SAYANG….abang mintak maaf….

Bila SAYANG mengadu sakit2 badan…. Abang sangkakan SAYANG sakit urat…..tapi penyakit itu telah menular dan menyakiti SAYANG di segenap nadi SAYANG….

Bila SAYANG mengadu pening dan rasa nak pitam…abang sangkakan…..penyakit biasa dan suruh SAYANG telan panadol jer….

Bila SAYANG mengadu duit belanja dapur dah habis…abang bising cakap abang pening kepala pikul beban sorang-sorang…walhal SAYANG juga pening memikirkan macamana nak berjimat sampai SAYANG nak beli keperluan SAYANGpun tak cukup….sampai SAYANG nak beli barang-barang peribadi SAYANG pun susah….sampai SAYANG nak menggantikan pakaian dalaman SAYANG sebulan satu pun tak der….

Bila SAYANG mengadu penat nak bersama…..abang selalu marah2 dan berhasrat nak cari lain…walhal sel-sel badan SAYANG dah x mampu nak tanggung beban tugas seharian SAYANG di rumah….

Bila SAYANG ajak abang pergi buat check up…..abang kata abang sibuk walhal kerja opis abang tak pernah habis…..dan masa yang ada kekadang abang tolong kawan-kawan…..

Bila SAYANG mengadu rasa sejuk2 badan dan abang kata nak demam rupanya itu tanda-tanda SAYANG dah nak pergi…..

Bila SAYANG mengadu nak cuti sehari….sebagai majikan SAYANG …abang tak pernah bagi cuti walau setengah hari…..kesian SAYANG ….

SAYANG…maafkan abang….abang tak pernah nampak semua kesakitan yang SAYANG alami tuh….kuatnya SAYANG hadapi setiap kesakitan itu plus dengan kerenah abang dan anak-anak. Abang tak pernah hirau nak baawak SAYANG ke klinik buat full body check up kerana abang ingat semua tu sakit biasa. Nampak sayang sentiasa sihat dan tersenyum waktu abang balik…Cuma sayang mengadu macam tuh jer…..

Maafkan abang kerana tak pernah ambil serius kesihatan SAYANG …..Namun….semuanya dah terlambat…. SAYANG dah pergi untuk selamanya….segalanya takkan berpatah balik….Sekarang selama seminggu pemergian SAYANG …..abang ambil cuti menguruskan anak-anak dan abang rasa keletihan dan kelelahan SAYANG …..bagi abang kerja di opis masih juga ada waktu abang berehat….agaknya sebab tulah SAYANG penat sangat….

Maafkan abang kerana semuanya sudah terlambat……

* Sekadar renungan bersama...SUMBER

'BAITI JANNATI'

Assalamualaikum wbt..

Selamat pagi Isnin!

Arini mood tak berapa ongg lah
Sebab ade 'benda' yg menyemak kepala otak aku ni
Melayan karenah ORANG yg Hipokrit
Orang yang cakap tak serupa bikin
Orang yg sudah meludah, tapi jilat balik
Uarrrraggghhhhh....
Klu diceritakan berjela2 lah pulak
Tapi share lah sikit2, at least tak 'terpendam' sgt kat DALAM ni
Arrghhhh, just forget it
* Mood nak sedapkan ati...


Okeyyyyy...
Berbalik kepada tajuk entri kat atas * skema giler ayat
Cantik tak nama tu?
Aku ade terpikir nak taruk kat umah baru nnt...


Meh aku share sket dgn korang...aku selongkar kat pakcik Gugel aje :

"Baiti Jannati" sudah merupakan satu bentuk ungkapan yang sering disebut-sebutkan. "Rumahku, syurgaku." 



Perkara pertama yang perlu difahami ialah, "Baiti Jannati" membawa maksud bahawa rumah adalah tempat yang membawa kebahagiaan kepada kita. Manakala kebahagiaan itu pula, Allah tidak pernah kaitkan dengan sebarang kebendaan. Seseorang yang tinggal di dalam pondok kecil boleh bahagia, seseorang yang tinggal di dalam banglo juga boleh bahagia. Inilah keadilan Allah. Oleh kerana urusan rezeki adalah ketetapan qadha' dan qadar Allah, maka Allah tidak kaitkan bahagia dan derita dengan sesuatu yang diluar kawalan manusia. Kebahagiaan hanya bergantung sejauhmana ketenangan dicapai oleh hati manusia. Bagi mencapai ketenangan ini, hati hanya perlu dihubungkan dengan Sumber Segala Ketenangan, iaitu Allah Azza Wa Jalla. Itu sahaja.

Seorang yang miskin boleh hubungkan diri mereka dengan Allah, seorang yang kaya juga boleh hubungkan diri mereka dengan Allah. Seorang yang anak ramai boleh hubungkan diri dengan Allah, seorang yang tidak ada anak pun boleh hubungkan diri dengan Allah. Seorang yang tinggal di dalam istana boleh hubungkan diri dengan Allah, seorang yang tinggal di gubuk buruk pun boleh hubungkan diri dengan Allah. Allah tidak pernah pilih kasih, dan satu-satunya neraca ukuran Allah ialah agama. Sejauhmana kita bawa agama dalam diri kita, maka sejauh itulah juga hubungan kita semakin erat dengan Allah.

Inilah keadilan, dan rahmat yang amat besar daripada Allah untuk hamba-hambaNya. Semuanya mempunyai peluang yang sama rata di sisi Allah.

Amacam???

xoxo
Muni Qazrina


Thursday, September 22, 2011

ULANGTAHUN KE 5

Hi....
Agak lama tak update blog
Lately ni, gemar BW..
Sebab agak kesuntukan masa
Bz lah kekunun nya kan!!!


Semalam annivesarry kami yg ke 5
Huhuuuuu..jap aje masa berlalu ye
Dah 5 tahun kami hidup bersama
Pejam celik pejam celik
Susah senang kami dah harungi bersama
Apa yg diharapkan 
Semoga IKATAN ini kekal ke akhir hayat kami
Amen....


Sedikit renungan untuk dihayati :


1. KETIKA AKAN MENIKAH
Janganlah mencari isteri, tetapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tetapi carilah ayah bagi anak-anak kita.



2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.



3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan hanya menikah di hadapan kadi,
tetapi menikah di hadapan Allah



4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendo’akan Anda, karena anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI karena mensia-siakan do’a mereka.



5. SEJAK MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tetapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA  RUMAH TANGGA DILANDA BADAI
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan
cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA BELUM MENINGKAT
Yakinlah bahwa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri

11.KETIKA EKONOMI MENINGKAT
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukankan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan sopan dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak, kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ..

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah baahwa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orangtua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA MEMILIH POTRET KELUARGA
Pilihlah potret keluarga sekolah yang berada dalam proses pertumbuhan menuju potret keluarga bahagia.

17.KETIKA INGIN KEBAHGIAAN
Gunakanlah formula 7 K

1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran


Semoga diriku & dirimu termasuk hamba yang disayang oleh-Nya..”





* Arini baru tarik napas lega..dah abis lawatan penarafan bintang dr JPK, harap2 kami dapat bintang2!!!..[5*] hahahhahahaa 




xoxo
Muni Qazrina

Monday, September 12, 2011

RUMAH BARU


Rumah baru kami > Alam Perdana..

Syukur dgn rezeki dariNYA..
Pasni, bole lah deko cantik2!!!

xoxo
Muni Qazrina

Sunday, September 4, 2011

RAYA SEBULAN..."SALAM AIDILFITRI"

Salam...

Dah agak lama tak update RUMAH saya ni.
Mood raya masih ade..
Even arini dah raya ke 6
Mr Asben dah start keja arini
Aku aje yg masih bercuti [cuti rasmi dr opis]
Total sume cuti aku 11 hari kooooo...
Meriah tu!
So, thn ni tk pyh ambik cuti sndiri...hahahhaaaa
Sangatlah syioookkkkk!

Raya tahun ni, macam biasa2 ajer..
Serba sederhana aje
Sebab kami ade 'misi' yg penting lagi
*Nanti kita share ek....

oklah dear!
Lastly, nk ucapkan....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN
Andai ade tersilap kata dan bicara...

xoxo
Muni Qazrina
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...