SUDI SUDIKANLAH, TINGGALKAN LINK ANDA UNTUK SAYA MELAWAT KEMBALI KE 'RUMAH' ANDA..

Thursday, June 30, 2011

TAKEN BY HER!

1st pic..
Hasil kerja tangan Aimi cuk!


Gambar pertama Aimi cuk...SYABAS betti!!! nice job..hu3, takpelah kali ni muka model comot sgt. Merah mcm udang kena bakor, kes main air weken ritu...


2nd pic ari Sabtu yg lepas..mase kami pegi kat 'Pinky Day'..

Bole lah klu nk suh potograper kecik ni ambik gambo skali skala
Kira lulus dah le tu..
Tapi, klu nk suh potoshoot, tk bley lah...
Tu cari nahas maknanya!hahhaaaaaaaaaaaaaa...

* Apsal eh, dua2 pic ni kepala senget ke kiri ajer??? huhuuuuuuuu...

xoxo
Muni Qazrina


2 HARI YG ....BEDEDUMMMMM

Kes 1 

Tarikh : Hari Pertama @ semalam [29/6/11]
Lokasi : Ruang tamu [umh]
Jam : 5.00pm

Pas balik ambik Aimi cuk dr school
Singgah kedai jap beli makanan2 untuk dia [xtiviti WAJIB]
Makanan2 tu merujuk kpd > air kotak, jajan2 [yg bkhasiat je], beskut2..dsb
Ari semalam dia nak makan askrem
Then, blk umh...
Buka n kasi askrem td [letak dlm bekas] takut tumpah..so cerewet Mak ni kan?
B'sa lah kn, dh namanye bdk2..
Of cos lah n konpem tumpah nye
So, aku dgn segera nya capai Mop terus...
Bum bam bum bam...mop lantai yg kotor td
Mulut smbil pot pet pot pet...
Ok...dh setel, simpan mop!
Baru aje pesan td,...'Aimi, main molek2, lantai licin..Mak br mop...'
Then dgn racoknye die ke hulu ke hilir...
So, aku dgn ligat & pantasnya kejor
Pastu....uuuhhhh uhhhhh, bededummmmmmmmmmmmmmm...
Adusssss, aku yg jd mangsa nya!
Nasib tk jatuh mcm nangka busuk yg tak msk ranum...huhuhuuuuuu
Dang bertongkat dgn kepala lucut kiri & tgn kanan
Adussssss, aiiiiii nk marah pun ade...
Kisahnya, lebam biru kepala lututku arini...

Kes 2

Tarikh : Hari Kedua @ arini [30/6/11]
Lokasi : Depan RHB Jln Paya Keladi
Jam : 6.30pm

Udah le, lebam n sakit semalam belum ilang lagi...
Ptg td jatuh lg...
Ya Allah, betapa malangnya hambamu ini!

Citer bermula pas buat urusniaga kat RHB
Aimi tolak sndiri pintu n meluru kluor
Aku ni terpekik2 panggil dia
Menonong aje meluru ke keta yg park kat tepi
So, aku dgn setangkas yg mungkin
Melangkah 3,4 langkah nk kejor dia lah
Sbb betul2 tepi jln beso, byk knderaan lalu lalang
Kat tepi keta aku tu ade sebuah van..ade 3 org dlm tu
Then...ntah mcm mane aku dh terjelepok terduduk....
Apalagi...bedebummmmmmmmmmmmmmmm lg ahhh
Makcik yg duk dlm van tu siap jerit2 ag...Ya Allah, anak aku!
Huhuuuuuuu...adussss, merah hijau biru kuning muka aku
Dh mcm2 color rase time tu!
Aku pn tk sedor ms mana n camne aku leh jth tu
Maybe sbb licin ade rumput kat tepi2 tu rasenya
Aduhaiiiii...dgn senang hatinya bangun sendri lah weiiii...
Siap ckp lg dgn mkcik tu...licin rumput!
Huhuuuuuuuu...dah le dlm bank ade 3org mata2 duk perhati!
Nasibbbbbb lahhhhh Muni.....
Yg bestnya, siap Aimi leh tanya aku lak bila tgk aku jatuh
Nape Mak jatuh, kejar Aimi ker?????
Aduhhhhhhhhh, bertuahnye anakkkkkkkkkkkk!
Then, masuk keta terus call Mr asben, ngadu2 jatuh lg...
Siap kena sound ag yg aku ni cuai!
Uiishhhhh, cuai mcm mane nya, boleh ke control2 nk kawal anak awak yg aktif tu???????????
Kita call nk tagih simpati...
Sudahnya, skrg...abs bdn ku sakit2 especially tang buntut nih!
Arap2 esok makin kurang!

* Aktiviti weken kami lum upload ag..tunggu ye! sedang edit piccas lg. Kami ke sini...


xoxo
Muni Qazrina

KUNG KANG KUNG KANG...

Mcm tu lah ala ala bunyi nye
Huhuuuuu...
Dada nak pecah rasanya
Akibat batuk melanda...
Gara gara demam Sabtu lepas
Ahad & Isnin...MC
And now....batuk!
Syuuuuhhh syuuuhhhhhh, pegi main jauh2
Aduhai...cepat lah ilang!
Sungguh tidak selesa buatku
Tido malam tak lena dibuatnya
Dalam class, budak2 duk perli 'seksi' suara!
Aduuusss..sungguh tak selesa...
Harap2 cepat2 baik ye..huhuuuuuu

*Sesungguhnya sakit itu adalah penghapus dosa...

xoxo
Muni Qazrina

Wednesday, June 22, 2011

MOOD KINI


~ Dalam HATI ada TAMAN~

~ Dalam TAMAN ada BUNGA....lalallallalllaaaaaa~

xoxo
Muni Qazrina

Monday, June 20, 2011

M.I.S.S.I.N.G!

Mood Aimi pagi ini


Sebabnya

.








.









.

AIMI : RINDU kat orang ini


Her Daddy!!!

Sebab bila kejutkan dia pagi tadi [kes tido lewat, pg ni kena dikejutkan]
Tetiba dia ckp 'Mak marah Aimi'....adus adus, sian anak Mak
Then tetiba plak dia tangkap syahdu nangis esak esak
'AIMI RINDU AYAH'....huhuhuhuuuuuuu..parok parok [ayat Ganu]
Maybe malam tadi dia mimpi Ayah kot!
Sian Aimi...nanti kita tunggu Ayah balik ye sayang!
Mak kan adaaaaa....

* Mood  Mak : Tangkap leleh lah pulak tengok anak mcm gitu!
* Notes : Ayah, dun worry...Ayah kat sana keja molek2, kami kat sini ok ok aje. So far, everythings be ok! Hopefully...amin!


xoxo
Muni Qazrina

Saturday, June 18, 2011

TELEKUNG

1st time belikan Aimi cuk
Telekung sembahyang kecik tuk dia
Asyik duk bising nak sembahyang
Apa salahnya, ajar dr awal kan?
Even dia tak tahu apa2 lagi
Tapi, Al fatihah dia dh hafal
Biarlah lah..sure doa makan pun dia baca nanti
Dan jgk doa penerang hati...
Dan jgk surah2 lazim yg mcm2 bunyi kuor dr mulut dia nanti,hihiiiii...
Takpelah Aimi cuk, asal ikut aje lah Mak solat eh..
Moga2 anak Mak jd anak yg solehah, amin.....

Belilah barangan buatan Malaysia..promote2! Saiz S

Sejuk memandangnya..


Suke bebenor dpt telekung..

Ayah ckp tahun ni dah bole bawa ikut terawih sama2..
Aiiiii, bole percaya ke ni?
Belum cuba, belum tau..

xoxo
Muni Qazrina

Friday, June 17, 2011

PUTAR & MENANG

Dua minggu lepas
Terima call dari sebuah pasaraya kat bandaraya ni lah
Namanya 'PasarayaKu'
Macam2 ade jual kat sini
Dari segala jenis pakaian, peralatan rumah dan jugak alat tulis
Aku terpilih untuk Putar & Menang
Maksudnye akan dapat adioh leerrrr...

So, pd 15/6 yg lepas [Rabu]
Pas magrib kami ke sana
Malam tu yg bertuah adalah seramai 10 org aje
Malam sebelumnya ade cabutan kat caw. Batu 6
Meh lah tgk gambo sambil bercerita..

Kaunter pendaftran yg simple..itu staff dorang

Belah kiri tu kotak bola untuk putar & board belah kanan untuk letak kad2 ganda yg akan digandakn dgn jumlah resit belian..

Salah sorang peserta cabutan, korang nampak kan kad2 ganda tu? suka hati kita lah nk taruk mane2 pun kat board tu. Petak yg disediakan dr no 0-9. Macam aku ritu, bila putar punya putar, bola stop kat no. 4, so kena refer kat board petak no. 4, aku taruk kad ganda 2X..so, jumlah belian aku aritu klu tak silap dalam RM87++ digandakan DUA lah, jd nya aku dpt RM 174 baucer adioh pd mlm tu! Haaa, dah kira beruntung lah tu, dah balik modal sgt dah tu..mlm tu aku yg highest..best kan klu dpt ganda 3 tu!! tamak....hu3
 
Rezeki untuk malam tu, inilah Baucer tunainya..valid sampai akhir tahun ni..bolehlah berbelanja nanti.

xoxo
Muni Qazrina




Thursday, June 16, 2011

MACAM MACAM

Saje tetiba tangan ini menggatal...
Duk search gambar2 sebegini...
Ketawa sorang2 dibuatnya!
Korang penah tengok dop??


lawok tul ar nenek ni kan????

 selagi daya..hahahaaaaaaa

apa kata pasni cuba menanam dlm pasu mcm ni plak?

setakat aku jadi pemandu, belum penah jumpa papan tanda ini!

'saya tak berslah Tuan'...hihihiii

Maap ye, gambar2 tu tak bertujuan untuk melukakan hati sesiapa pun
Sekadar nak merawat kebosanan saya aje!

*Credit to Pakcik Google

xoxo
Muni Qazrina


Wednesday, June 15, 2011

PETUA MENGASIHI SUAMI & ISTERI

Entry ni  khas untuk MR ASBEN, baca...jgn dop bace ye!
PETUA MENGASIHI ISTERI.....

1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".
2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.
4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.
5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.
6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.
7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.
8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya...... sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkannya.
10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.
11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.
13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.
14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai. 15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.
16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.
17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.
18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.
19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.
20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi, jamu atau umpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.


Entry khas untuk untuk sume yg dah ade somi yea...

PETUA MENGASIHI SUAMI....
1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.
2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.
3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasaalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.
4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.
5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.
6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.
7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.
8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda,suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.
9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. 10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".
11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.
12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.
13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.
14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda- tanda anda memerlukan jima'. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.
15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.
16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat.
17. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.

Sumber ambik dari SINI!

xoxo
Muni Qazrina




Sunday, June 12, 2011

TERENGANU MENANG!!!!!!!!!

Alhamdulillahhhh.....
Akhirnya, JUARA milik GANU
Mengalahkan negeri jiran Klate 2-1 mlm td
Piala FA tahun ini [2011]
Peteh Ganu Peteh...
Syabas dan tahniah, sume!!!!!!!!


Cerita lanjut > klik SINI

* Senyum sampai telinga memasing arini...
* Ganu dpt cuti dok ni????he3..org lain yg main, kita yg sbk2 nk Cuti..ha3

xoxo
Muni Qazrina



Thursday, June 9, 2011

MAT BUNGA


'Mat Bunga' a.k.a laki ku yg pose berbunga dengan baju seksi melondeh...

Nak tahu tak ini kerja sape...???

..






..












.








.

Inilah budak nya!!!

* Ampun syg, klu marah letak gambo 'berbunga' ni yea!!!
* Kami rase..........................kami RINDU Ayah!!!


xoxo
Muni Qazrina

Wednesday, June 8, 2011

TUDUNG BARU

Thari td baru pas terjah Bazar Mydin
Hasil dr terjahan kali ni

Tudung Syria Aimi cuk

Pose senyum bergaya..




=









=







Credit to Ayah.... 'Aimi rindu Ayah'!!!

* Nampak cute plop Aimi cuk bertudung!!! hu3..ooops, klu tk puji anak sendiri, sape lagi ek????


xoxo
Muni Qazrina


Tuesday, June 7, 2011

6.7.8.9

No yg cantik..
Jgn ambik jd 4 nombor dah le..hihiiiii
Ni bilangan nombor kekawan yg singgah kat blog kami
Setakat ni baru aje 6.7.8.9 orang
Meh lah kwn2, tambahkan bilangan!



xoxo
Muni Qazrina

Monday, June 6, 2011

D.E.M.A.M

Aimi cuk demam lagiiiiiii..
Since Ayah dah berlepas Sabtu lepas
Aduhaiiiii...anak Mak!
Cepat2 baik yea..
Jgn bikin Mak risau, panik lagi....


Tido awal..baru pas terjaga maybe tak selesa bdn panas. Taruk towel basah [air asam jawa] baru lena...

*Edisi berjaga malam lagi ni..
* Ya Allah kuatkan hatiku ini!!!

xoxo
Muni Qazrina

Sunday, June 5, 2011

PROGRAM PASCA PERKAHWINAN

Uiiiisshhh..jgn terkejut noh baca tajuknya
Program mcm nk kawen aje bunyi nya..huhuhuuuu
Program sehari ni untuk pasangan yg dah kawen daaaa..
So, kami terpilih join ni sbb kawen baru kawen 4 thn lbh
Bole aje klu yg nak kawen bertahun2 nak join pun
Nak cebok ilmu kang, tak kira usia dooop???
Kami join program ni pd 31 Mei yg lepas
Kat Batu Buruk Beach Resort
Dari jam 8.00 pg - 5.00 ptg


Antara pasangan peserta

Aturcara program

Bahan program

 TQ Mr Asben yg sudi luangkan masa join!!! lebiuuuuu muuahhh mmmuuahhh
Tuan umah montel yg mata merah akibat sob sob sob...hu3
Kami bg 4 setengah dr 5 bintang!!!
Penceramah yg best!!! [Tn Hj Redzuan Sagir dr Impact Learning]
Kalau bole ade lg lanjutan dr program ni, sure kami join!!!
Terima kepada penganjur...

xoxo
Muni Qazrina


Saturday, June 4, 2011

TENANG SEAFOOD 2

....sambungan dari lepak kat Batu Buruk
Kami pegi mengisi perut

dari taman, kami jalan kaki aje..

ini kedainya..sebelah Batu Buruk Beach Resort aje lokasinya.

mee tomyam [Anies] ok!

Bihun+K.teow sup [Atiey]..kureng, rase mcm rebus aje

 K. teow ladna [aku share dgn Mr. asben]..bole lah

Rojak buah ..sedap!

 Jagung parut


ABC.. tak bole lawan Katana lagiii

Conclusion..??? makanan bole lah..mengisi perut

xoxo
Muni Qazrina


HANG-OUT ~ PANTAI BATU BURUK

Ini agenda tertunggak
Aktiviti kami beberapa minggu yg lepas

Kali ini byk gambo
Coz ade camerawomen skali
a.k.a anak buah

Biar gambar ajelh bercerita ye
Korang buat2 angguk paham..kikikiihh

Intro..tuan umah yg montel & kembang!!!

Korang perasan tak Aimi cuk, asal gambo bertiga aje, matanya ke lain...spoil betul!

dgn cik 'Misi'

with Anies Suraya

mereka bertiga *_*

kanak kanak riang



aksi berani

berjaya kali ini..

yeeeaaahhhhhhh....

Gambo yg paling CUN petang tu...

-





-





-



Model Pantai Batu Buruk sambil makan satay ikan...hahahhaaa!!!

okeylah..mau pulang sudaaa...nk pegi makan plop!

Nantikan sambungan nya '''...ceeeehhhh, mcm drama lah puloop..

xoxo
Muni Qazrina

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...