SUDI SUDIKANLAH, TINGGALKAN LINK ANDA UNTUK SAYA MELAWAT KEMBALI KE 'RUMAH' ANDA..

Monday, August 22, 2011

ALLAH...MAKBULKAN DOA KAMI!!!

22 Ramadhan 2011

Allah telah makbulkan DOA kami
Insan yg lemah..
Insan yg sentiasa memohon kepadaNYA!!!
Sesungguhnya DIA maha pendengar...
Tiada kata
Tiada bait yg mampu kami ungkapkan
Selain.......

SYUKUR Alhamdullillah di atas pemberian MU!!!

*Semoga dengan limpahan Mu INI, akan menjadikan kami lebih dekat kepadaMU..amen!

xoxo
Muni Qazrina


Wednesday, August 10, 2011

KELEBIHAN PUASA UNTUK TUBUH


Realitinya tidak, pada bulan mulia inilah perniagaan makanan sangat lumayan. Pasar Ramadan tumbuh di serata tempat dengan aneka juadah lauk pauk dan kuih muih yang sukar ditemui pada hari-hari biasa. Di restoran dan hotel, pelbagai hidangan istimewa disediakan untuk pelanggan merai keluarga, kawan atau rakan niaga berbuka puasa. Di masjid-masjid dan surau-surau juga macam-macam makanan disediakan ahli khariah.
Sungguhpun begitu, kita tidak harus lupa puasa di bulan Ramadan adalah ibadat yang diwajibkan, dan kewajipan ini mempunyai banyak manfaatnya dari sudut kesihatan. Malah kini berpuasa menjadi satu kaedah yang digunakan untuk mengurangkan berat badan dan menjaga kesihatan.

Berpuasa adalah satu cara untuk menyahtoksik yang banyak terkandung dalam makanan yang kita ambil saban hari. Tanpa kita sedari, di dalam tubuh terhimpun racun perosak, bahan pengawet, sisa-sisa dadah dan bahan kimia bahan pencuci serta seribu satu bahan kimia lain yang boleh memudaratkan kesihatan.
Lapisan usus mengandungi berbilion parasit, dan organ-organ dalaman juga mungkin terkumpul dengan toksin dan melalui puasa detoksifikasi organ berlaku. Berpuasa boleh membersihkan saluran darah daripada racun yang disebabkan oleh toksin. Sesetengah orang mengamalkan puasa dengan hanya mengambil jus buah-buahan sehingga sebulan kerana proses detoksifikasi sel-sel dalam tubuh mengambil masa yang lama.

Semasa berpuasa tubuh membuang lebihan selular; setiap hari berbilion sel dalam tubuh manusia digantikan dengan yang baru. Sel-sel yang mati perlu dinyahkan. Proses ini berlaku apabila seseorang berpuasa; tubuh akan membuang sel-sel mati, tisu-tisu yang telah rosak, lemak-lemak terkumpul, tumor dan sebagainya. Semua ini akan terbakar atau dinyahkan sebagai bahan buangan. Berpuasa akan 'melarut' sel-sel berpenyakit secara sistematik dan meninggalkan tisu-tisu yang sihat. Sebab itulah berpuasa boleh menambahkan proses penyembuhan.
Apa yang dibersihkan tubuh apabila berpuasa?
> Sel-sel mati, hampir mati atau yang berpenyakit.
> Tisu-tisu lemak yang tidak diperlukan.
> Asid-asid lemak trans.
> Lapisan mukus yang mengeras di dinding usus.
> Bahan buangan toksik dalam sistem lympha dan saluran darah.
> Toksin dalam limpa, hati dan buah pinggang.
> Toksin-toksin yang tertanam dalam fiber selular dan tisu-tisu organ.
> Deposit dalam tiub-tiub halus yang bertanggungjawab menyuburkan sel-sel otak.
> Kolesterol berlebihan.
Apa kesannya?:
> Kecergasan otak dapat dipertingkatkan.
> Berat badan dapat dikurangkan dengan selamat tanpa geleber.
> Sistem saraf diseimbangkan.
> Paras tenaga dipertingkatkan.
> Organ-organ dipertingkatkan kecergasannya.
> Biokimia selular diharmonikan.
> Kulit menjadi lebih halus, lembut dan sensitif.
> Lebih mudah bergerak.
> Pernafasan lebih penuh, bebas dan dalam.
> Sistem digestif direhatkan.
SUMBER : SINI
xoxo
Muni Qazrina

Tuesday, August 9, 2011

SETENGAH BULAN WOOOOO...

Malam tadi..
Berita umumkan org Gomen dapat setengah bulan bonus!
Aritu depa2 mintak 2 bulan..
Oklah tu, better dari takde...

Sooooo, org swasta macam saya ni????
Usahkan setengah bulan, kot2 anak bulan pun tarak nampak!!!!!!!!!!!!!!!
Huhuuuuuu.....* mood keciwa

xoxo
Muni Qazrina

Monday, August 8, 2011

BAGAIMANA KEKAL CERGAS BERTENAGA DI BULAN RAMADHAN


Saja2 nak share somthing dgn korang pepagi ni..
Meh pakat bace yea...^_______*
Tubuh mendapat bekalan tenaga daripada makanan karbohidrat seperti roti, nasi, bubur dan kuih-muih.  Karbohidrat bertukar menjadi glukos yang disimpan di dalam hati dan otot-otot dalam bentuk glikogen.
Selain itu, tubuh juga mendapat sumber tenaga daripada pemecahan protein badan yang membentuk glokus melalui proses glukoneogenesis. Bagaimanapun proses ini berlaku apabila simpanan karbohidrat habis digunakan oleh tubuh.
Jadi untuk mengelakkan rasa lapar, letih dan tidak bertenaga semasa berpuasa, anda perlu memaksimumkan simpanan glikogen. Caranya ialah dengan melewatkan sahur, kerana glukos daripada sumber karbohidrat yang dimakan pada waktu sahur akan tahan lebih lama.
Ketika bersahur, ambil makanan yang lambat dihadam seperti nasi, capati, roti jagung, oat, bijirin, roti mil, sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan-makanan ini mengandungi karbohidrat kompleks dan serat yang akan berada lama dalam perut dan melambatkan rasa lapar.

Apabila berbuka pula, lebihkan makanan yang cepat dihadam seperti roti putih, kuih-muih, jus buah-buahan, sup dan bubur. Makanan-makanan ini mengandungi gula dan refined karbohidrat yang cepat dihadam. Kurma adalah contoh terbaik kerana ia mengandungi gula, serat, karbohidrat serta zat galian yang baik untuk kesihatan.
Ia dapat membekalkan sumber tenaga segera. yang diperlukan oleh tisu dan sel dalam tubuh bagi menggantikan bekalan yang digunakan pada siang hari.
Makanan bergoreng atau berlemak boleh menyebabkan ketidakhadaman, seterusnya mengalami pedih hulu hati. Jadi kurangkannya.
Makanan yang terlalu manis pula tidak dapat disimpan lama kerana dihadam terlalu cepat. Jadi jika makan makanan sebegini, tidak hairanlah seseorang cepat terasa letih.

Makanan berempah dan terlalu pedas juga tidak begitu baik dalam suasana puasa kerana akan merangsang pengeluaran terlalu banyak asid gastrik. Mereka yang mempunyai masalah gastrik elokkan mengelak makanan sebegini.
Sama ada berbuka atau bersahur, makanlah secara sederhana, seimbang dan berkhasiat.
Untuk menghilangkan dahaga pula, elakkan yang berkafein dan air berkarbonat kerana minuman-minuman ini menyebabkan anda lebih kerap membuang air, dan mempercepatkan kehilangan cecair.
Sebaiknya, minum jus buah-buahan yang lebih berkhasiat, susu atau air kosong. Pastikan anda minum banyak air semasa selepas berbuka dan bersahur agar bekalan cecair di dalam tubuh mencukupi.
Selamat Berpuasa!
Sumber : SINI

xoxo
Muni Qazrina

Sunday, August 7, 2011

AWAL..PERTENGAHAN..PENGHUJUNG!

Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang ada hal lain kali yek.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa.."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Lebih baik kawin lain yang boleh masak untuk abang"


Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..awak ajelah yang tegur..."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Awak tak boleh buat keee.."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Tak payah le hadiah-hadiahhhhh..."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai buat rendang"
Suami : "Awak ni pemalas laaa.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai buat kek.."
Suami : "mak ko tu..dari dulu tak pandai masakkk.." 

Sesekali layan lawak di bulan pose..ok jgk kan??? hahahhaaaaaaaaaaaaa....
xoxo
Muni Qazrina

DOA RAMADHAN [HARI 7]



Doa Hari Ke 7 :


Ya Allah! Bantulah Aku Untuk Melaksanakan Puasanya, Dan Ibadah Malamnya. Jauhkanlah Aku Dari Kelalaian Dan Dosa-Dosa Nya. Dan Berikanlah Aku Dzikir Berupa Dzikir Mengingat-Mu Secara Berkesinambungan, Dengan Taufiq- Mu, Wahai Pemberi Petunjuk Orang- Orang Yang Sesat. 


xoxo
Muni Qazrina

Saturday, August 6, 2011

PARKING BERTINGKAT

Korang sure tahu parking bertingkat kan?
Majority kt tempat korang sume ada
Tapi, kat KG sy ni lain sket
Means, jenis parking nya...

Sempat snap dr jauh
Masa parking kat bawah aje
Parking MBKT..
Saya pun tak berapa pasti mcmne operasi parking ni
So far, tak berani lagi nak letak keta kat situ
Huhuuuuuuu...darat sungguh!
Takut sebenarnya..hihiiiiii

* Lokasi kat Jalan Batas Baru..

xoxo
Muni Qazrina

Friday, August 5, 2011

DOA RAMADHAN [ HARI 5]

Hari Kelima:

"Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang soleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi
Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih"..


xoxo
Muni Qazrina

Thursday, August 4, 2011

SAHUR

Baru aje pas sahur
Uiiisshh, awalnye bersahur?
Sbb nya kalau bersahur bangun pagi2 nanti
Saya akan uuuweeeeeeekkkkkk..
Itu yg tak tahan tu
Tak daya tekak saya nak muntahkan segala isi perut
Opppps, saya bukan peknan ye [blum lg setakat ni]
Dulu2 ok aje, bersahur pagi2
Zaman sekolah Tok [arwah] kejutkan
Tapi sejak tua bangka ni...
Makin teruk peel!

Mee Jawa [Gong Kapas]
Terbaek!!!
Beli kat bazar tadi..
Panaskan balik dlm microvwe..
Fuuuuhhh, tangkap leleh!
Tapi, tak bole abiskan jgk
Sbb nasi kuning berbuka td msh berlegar dlm perut..huhuhuuuuu

 Pencuci Mulut ~ Rambutang!
* Sarah yg bagi kat opis td, dr kebun Ayah mertuanya..


Biasanya Kul 5am still bangun jgk, minum air masok 2 gelas..takut siang hari nanti dahaga kang!


xoxo
Muni Qazrina


PUDING DIRAJA [PAHANG]

Sesekali ku rasa teringin...

Nak buat Puding Diraja [Pahang]..
Korang penah makan tak?
Seingat2 dulu my bespren ade penah buat
YANA!!! org Pekan ..
And now dia buka bazar Ramadhan
Jual puding ni..
Masalhnya nun kat Kuantan sanaaa daaaa..
Mcm ne mau terjah?
Td masa terjah Param kat Pantai Batu Buruk
Ade ternampak mcm puding tu
Tapi, mcm dop menarik je eh..
Itu yg timbul niat di hati nak godek2 sendiri
Nak acu cuba try test dulu
Menjadik ke idak nye..heheheheeeee..


Inilah rupenya...
Macam menarik kan?????

Ni aku gugel resepi nya...

Bahan-bahan
  • 4 sikat pisang lemak manis – dibuang kulit
  • 1 cawan biji gajus – digoreng
  • 2-3 genggam urat emas/jala emas
  • 200g buah prun – dipotong empat
  • Buah ceri merah/hijau
  • 2 sudu besar minyak sapi*
  • Minyak untuk menggoreng
Untuk Kuah Puding
  • 1 tin (410 g) susu cair/sejat
  • 3 biji telur – diambil kuning sahaja
  • Daun pandan – disimpul
  • Air sebanyak ½ tin susu
  • 1-2 cawan gula (ikut rasa)
  • Esen vanila
*untuk mengelakkan pisang dari melekat
Cara memasak
  • Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh.
  • Goreng pisang sehingga kuning. Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak yang berlebihan.
  • Goreng biji gajus.

Kuah Puding
  • Pukul kuning telur bersama susu cair/sejat dan air. Tapis untuk membuang pusat putih telur.
  • Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Jangan guna api besar dan kacau selalu supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.
Cara Menghidang
  • Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan urat emas.
  • Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus. Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.

Tunggu aje kemunculannya nanti ye..tapi, blum tau bila nk buatnya, hahahhaaaaaaaaaaaaaa..haru2

xoxo
Muni Qazrina

DOA PERMUDAH SEGALA URUSAN & HAJAT



xoxo
Muni Qazrina

DOA RAMADHAN [ HARI 4]

Hari Keempat

"Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat."



xoxo
Muni Qazrina

Wednesday, August 3, 2011

DOA RAMADHAN [ HARI 3]

Hari Ketiga

"Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan."


xoxo
Muni Qazrina

Tuesday, August 2, 2011

DOA RAMADHAN [ HARI 1 & 2]

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Hari Pertama
"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."

 

Hari Kedua
"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih"



* Hari ini, sy dah pose!!! Berbuka lauk ayam percik, kari ayam [LA bagi], ikan kering, murtabak ayam & akok


xoxo
Muni Qazrina

Monday, August 1, 2011

JIRAN KU

Dugaan 1 Ramadhan 2011

Bulan pose opis hour dah berubah
Masuk keja kul 9am
Balik awal 1 jam, 4pm
Pas ambik Aimi cuk kat school
Singgah bazar kat Kg Baru
Arini beli ns dagang [utk Aimi] & 2 jenis kuih aje

Sampai aje kat umah..
Terus terjah ke dapur!
OMG!!!!!!!!!!!! abis satu dapur berhabuk hitam!!!!!!
Sah sah..aku dah tau punca ni...
Buka tingkap dapur belakang
KONPEM!!!!
Jiranku yg baik hati sudah membakar
Membakar rumput rampai yg sudah aku kumpul
Sabtu lepas, niat hati mmg nak clearkan belakang umah yg agak berserabut
Macam macam ade, segala harta tok nenek ada
Kesnya dari jiranku tu jgk!
Dengan berbesar hati suka buang itu ini dlm kawasan umah org
Sabooooooooo Muni!
Bulan pose ni Muni!!!!!
Uiiiishhhhh, silap haribulan ada aje kena bersilat dgn aku kang
Pikir nak duduk lama lg kat taman ini
Kalau tak....memang tersembur dah kakak tu ptg td
Lagi satu, bula pose kan!
So, dgn tidak rela hati
Start bersilat lah kat dapur
Kena bersihkan segala tok nenek yg ada kat dapur
Darilah pinggan mangkuk, periuk belanga, kuali kuala, fridge, microvwe, washing machine
Dgn kata lain...segala ahli dapur lah kena setelkn
Berbulu mata nengok nya dgn habuk2 hitam tu
Dahlah payah nak tanggal, kena sental2..uuuwaaaaaaa!

Susah dan sememangnya kena berjiwa kental
Dapat jiran macam ni
Seluruh ahli keluarganya begitu
Means anak2 nya! [kesemua 5lelaki]
Baru aje 3 hari lepas, 'chewing gum' timbul lg
Dibuang dilaman aku!
Terpijak dek kaki ni masa nak g opis pepagi
Uuuuuuwwwaaaaaaaa.....
Kes 'gum' ni dh beberapa kali dah
Itu belum campur dgn sampah sarap
Plastik jajan buang merata rata
Sisa makanan mcm tu jgk
Dalam longkang depan umah ni
Tak usah cakaplah..macam2 ada!
Sebabnya Mak dia sendiri yg ajor anak dia buang dlm longkang
Depan umah org plak tu!
Aduhaiiiiiii, ssh betul lah ada mak pak yg macam ni!
Nak salahkan anak anak atau
Nak salahkan mak pak yg tak pandai didik anak2????
Tulunnnnnnnnnn....

* Mr Asben call pas berbuka td..ngadu lah!

xoxo
Muni Qazrina


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...