SUDI SUDIKANLAH, TINGGALKAN LINK ANDA UNTUK SAYA MELAWAT KEMBALI KE 'RUMAH' ANDA..

Tuesday, December 28, 2010

GAMBAR PASSPORT

Dah siap gambar passport Aimi!!!
Pestaim ambik ni
Cuak jgk aritu, kot2 die buat perangai
Skali snap aje dah menjadi...
Cumil anak Mak..


Aimi cuk..going to 3y next week!!

xoxo
Muni Qazrina

Monday, December 27, 2010

CONTEST SI MANJAKU RIANG

Di penghujung tahun ni, masih lagi berkesempatan nak join contest !!




Kali ini anjuran dari IBU AQIMI ...

Meh..jom pakat ramai2 join, memeriahkan majlis!!! hehehehe...
Masih sempat lagi sebab tarikh tutup pada 12 Januari 2011.

Aksi riang yg dipertaruhkan kali ni :




Aksi riang di lobi hotel..percutian ke Genting!!

Nama Anak : Aimi Qazrina Bt Ikbarol Hakim
Tarikh Lahir : 03 Januari 2008
Nama Ibu : Muni Bt Mohammad

Good Luck for Aimi cuk!!!

xoxo
Muni Qazrina

Sunday, December 26, 2010

TENGGELAM TIMBUL

Apanya yang tenggelam timbul tu??
Macam pelambung jer..
Aku lah tu!!!kikiki..
Org ber'blog', aku pun nak ber'blog'
Tapi byk yg tenggelam dr yg timbul
Asyik 'delay' nk update entry
Cik MALAS tu ade sokmo..
Takpa lah, jd 'silent reader' pun ok gak
Seronot duk baca, terjah blog kekawan..
Padahal, blog sendiri nak berkulat dah..he3

Minggu ni tak byk xtiviti
Ujan turun mencurah2 kat bumi KT nih..
Aku???
Mcm biasa lah, g kerja..balik kerja..
Alih2..duk 'baloh' dgn Aimi cuk ahhhhhh
Mai lah jamu mata dgn xtiviti sepanjang minggu lepas [yg sempat di'snap']

Aktiviti 1 :


Karnival ICT kat TTC ~ tak byk sgt pun product nya, byk HP tipu2 [dr Taiwan/ China]..tak minat lah


Tapi...ade satu benda yg berkenan di hati. Ini die!!!! dah diajukan pd 'bos'..lulus. Pkr punya pkr, bkn priority. Aku dh ade 'camera'. May be next time..

Keduanya :


Itu borang 'school' Aimi cuk, start next year. Dalam duk gundah gulana tak dapat taska, alih2 dua tempat skaligus dpt. First kat Yayasan Keluarga Batas Baru, 2nd at Permata kat umah ni. Survey punya survey, kami pilih kat Permata sebab hasil kajian [cewaaaahhh]..kat situ lebih baik. Tapi, Mak kena hantar dan ambik Aimi cuk lebih awal. Dah dpt 'permission' pun utk keluar opis awal!! TQ Tokki Haji...

Ho Ho Day..

Kami lepaks2 kat umah jer. Beraya kat umah sbb ayah cuti 1hari jer. Petang kami lepaks2 kat cini plop


Dataran Syahbandar...apa aksi ni?? baru jer lepas pergi ambik gambar passport ni.



Berdua...merenung masa depan!!!

p/s : tak sabar nak tgk gambar passport aimi cuk!!!

xoxo
Muni Qazrina

Thursday, December 16, 2010

SELESAI MASALAH..

Alhamdulillah..
Pagi ni just received call dr Taska (YP*)


Aimi cuk diterima masuk..
Setelah 3x isi form kat situ
Since dr die lahir lagi..
At last dapat jgk taska yg paling dekat dgn opis
Takdelah nnt 'hungga' bergegas2 nk balik ambik
Ermmmm, hopefuly Aimi cuk selesa dgn tempat baru nanti
Nanti akan dapat kawan2 baru..
Nanti akan dapat belajar benda2 baru..
Hopefully......
Jangan nangisssssssssssss.....sudaaaaaa

** Hungga tu bahase Trg kite = berkejar2 / bergegas2

xoxo
Muni Qazrina

Wednesday, December 15, 2010

SELASA YANG HANGIT!!!!

Kisah di hari S.E.L.A.S.A..petang semalam
Balik dr opis, ambik Aimi cuk, beli askrem 
Cadangnya nk mkn2 kat Pantai
Tukar plan, bawa die g main 'ek ok'
Then.. Baru je main x sampai 5 min...
Aimi cuk ter'kucil' lah plop..
Eiiiiiiiiiiisshhhhhhhhhhh....
Td mase ambik, tanya dh tuuuuttttt ke tak?
Die ckp tak nak
Bila aku ajak balik, die mengamuk plak
Nak tak nak die ikut je msk keta [berdiri...tk kasi duduk]
Askrem Conetto aku sumbat dlm plastik beg balik
Ilangggg mood askrem!!!
Takpe lah..tkde rejeki.
Sampai kat umah, 
Duk punggah2 brg2 msk umh..
Terpandang ini......


itu contoh je lah....
S.A.M.P.A.H

Tak tahu lah anak malaun mana lah yg buang merata2
Mulut aku ni sambil  #%^*!@$#%$^....
Yang confirmnya, mmg anak jiran2 lah
*** Sebelah kot
Sebabnya dah selalu sgt kat tepi2 pagar umah aku tu ade je pembungkus makanan2 ringan
Sure anak2 die yg makan!!
Susah klu mak bapak yg tak reti ajor anak ni..
At least bgtau lah..
Cara yg betul..


Takde sivik langsung...
Panas panas..
Udah ler kita baru balik kerja, penat!!

Dalam hati, Tuhan je yg tau......

xoxo
Muni Qazrina

Monday, December 13, 2010

FADILAT 'BISMILLAH ENAM'

  • Makbul segala hajat dan cita-cita.
  • Luas rezkinya.
  • Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
  • Menang dalam peperangan.
  • Penerang hati.
  • Diajuhkan dari segala penyakit.
  • Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
  • Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
  • Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
  • Aman daripada binatang2 buas.
  • Air laut menjadi tawar.
  • Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
  • Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
  • Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
  • Terselamat dari karam dilaut.
  • Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
  • Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
  • Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
  • Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
  • Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
  • Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
  • Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; letakkan tangan di tempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dan urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar daripada pesakit dan diikuti oleh muntah. InsyaAllah.



Lebih lanjut: sila terjah sini  >> ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

 xoxo

Muni Qazrina

R.F.C

Radix Fried Chicken...
Ala-ala KFC jgk lah
Tapi yg muslim punya..
Terjah ke sini semalam
Coz member opis ckp masa mula2 buka dulu dia Q dekat 2jam
Sebabnya..nk rase apa kehebatan RFC ni


Kedainya..'olen' color, kata Aimi. Belakang Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah..dekat dgn Yayasan Islam Trg


the counter..time aku pergi petang semalam, tak ramai org


the sous...HPA


 Mr asben yg kelaparan menunggu makanan sampai


Aimi cuk yg memulakan operasinya


Set delight B..[mcm dinner plate], ayam besar2 just coslowe n wipped potatoes kureng sket bg tekak kami..


tak silap namanya 'zig zag wedges'..daaa lupa


n air 'olen'..comel jer cawannya. Tu je ker???? sbbnya, yg lain2 sume tarak.....

At least, kami dh pekena RFC muslim...
Mr asben ckp, kena tingkatkan usaha lagi
Baru bole lawan yg lain2...
Aku??? fried chicken jer lh yg menawan ati....

*** Malamnya, kami pekena nasi lemak & ikan aya [tonggol] masak sambal....ha3, aku masak jgk!!!!

xoxo
Muni Qazrina

Thursday, December 9, 2010

SUKA-SUKA MAIN AIR giveaway by erin

Kali ni nak join 'contest' yang dianjurkan oleh :: Erin


" SUKA - SUKA MAIN AIR giveaway by erin " ni dengan tajuk:

AKSI MESTI DA VASS.

mane nak cari aksi macam tu yer???
Baru teringat masa kami pergi main2 air kat Bukit Gambang aritu...sempat lah snap aksi Aimi kat 'pool' resort ni...

Nama : Aimi Qazrina Bt. Ikbarol Hakim
Umur : 2 tahun 11 bulan (D.O.B : 3 Januari 2008)
Bole dikira 'da vass' tak Pn Penganjur???

Good Luck for Aimi..
xoxo
Muni Qazrina
 

@ Dara Inn...

Kami ke Dara Inn, Teluk Ketapang untuk makan malam tadi..
Kenapa kami suka ke sini???
- Servis cepat [ tak payah menunggu lama]
- Makanan sedap [nasi lemak bungkus, ikan bakar, masakan panas....]
- Suasana mendamaikan [tepi pantai..]
- Harga yg berpatutan [ tu yg penting.]

Kalau kawan2 datang ke Terengganu, bole cubalah stay & cuba foods kat sini. Dekat dengan airport dan ICT [Ikan Celup Tepung]...

Aimi cuk 'pose' dulu...

Aimi+Mak 'pose' plop..Ayah tukang tangkap gambo..ha3
[kualiti kurang memuaskan: by Nokia Mr Asben]

Pas kami kenyang, bawa Aimi cuk jalan2..
ke sini...

ke Pulau Duyung...ni pemandangan bot2 nelayan

ayah plok 'pose'..


then...ayah n Aimi!!!!

Nowhere to go.....huhuhuks

ps : wekeeds ni nak g mana ye????

xoxo
Muni Qazrina


AIMI & KAWAN

Meh meh...
Kali ni nak perkenalkan salah sorang kawan Aimi cuk
Namanya KAKA [nama manja tuh]..@ Putera Adriell Iskandar Zulqarnain B. Mohd Radzman
Puhhhhhh..panjang betul namanya.
Umurnya sama dgn Aimi cuk..cuma beza bulan je
Kaka lahir bln Mac, Aimi cuk lahir bln Jan..
Kaka ni anak Uncle Man @ kawan Mak
Kebetulan pegi kedai Tok Pa Kaka sebab masa balik dari opis Isnin lepas, 'Mini Cooper' buat hal..
Cermin tingkap 'hang'...tak boleh turun naik!!! Sadis....
Jomlah layan gambo ek...

 Inilah..Kaka, pemalu orangnya..

asyik nak lari je dia ni..

not ready..

Luv this pic...so sweet!!!

xoxo
Muni Qazrina

Monday, December 6, 2010

SELAMAT TAHUN BARU [1432H]

Esok dah masuk Tahun Baru Islam..sekejap jer masa berlalu dan biasanya kita akan baca doa akhir dan awal tahun:

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.siapa saja yang membaca doa ini, maka syaitan berkata :“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah binasakan aku satu saat ini juga. Dengan sebab membaca doa ini, Allah akan ampunkan dosanya setahun”


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selesai maghrib pada malam satu Muharram.Barang siapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :-“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini karena Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Ini lah Doa nya :

Barangsiapa yang membaca doa AKHIR tahun ini, maka syaitan akan berkata: “Hampalah kami di sepanjang tahun ini“.
Doa Akhir Tahun:


Bismillahirohmannirrohim
Washollohu alla sayidina muhamaddin waala ahlihi wa syohbihi wa sallam. Allahuma ma amiltu fihadihis sanati mimma nahaitani anhu. Falam atub minhu walam tardhohu walam tansahu wahalamta ala ba`da qudrotika alla ukuwbati illa taubati minhu ba`da jurati alla maksiatika fa inna astargfirukha fag firli wamma amiltu fimma mimma tardhohu wawaadtani allaihi sawaba faas alluka allohuma ya khariymu ya dzaldzalali wal ikhromi. Antataqoballahu mina thatho rojanni minka yakharimmu wa shollahu alla sayidina muhammadin nabiya umma wa alla ahlihi wa shobihi wa sallam.
“ Allah SWT bersalawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak ridha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau ridhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau mengabaikan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah bersalawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengkharuniakan kesejahteraan ke atas mereka”
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:


Bismillahirohmannirrohim
Washollohu alla sayidina muhamaddin waala ahlihi wa syohbihi wa sallam. Allahuma anta abadiul khodimu awallu.Wa alla fadlikal adhimi wujudikal muawali wahadaamu jadidu kod akhbala ilaina nasaalukal mismata.Fihiminasyaitoni waauliyaihi wajunudihi wal auna alahadihinafsilamaroti bisuui waistighollu bima yukhoronumi illaika julfa ya dzaldzalali wal ikhromi.Yaa arhamar rohiminna wa shollahu alla sayidina muhammadin nabiya umma wa alla ahlihi wa shobihi wa sallam.
“ Allah SWT bersalawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentara-tentaranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah bersalawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.”

Ambillah kesempatan ini dalam setahun sekali untuk berdoa diakhir dan awal tahun, mudah-mudahan ALLAH SWT. Memberikan ampunan dari dosa-dosa kita dan memberikan rahmat kepada kita semua.amin ya robbal alamin…
Semoga sentiasa dirahmati dan dibawah lindunganNYa..
Amennnn...

xoxo
Muni Qazrina

Sunday, December 5, 2010

BENGANG!!!!

Hari ini, boleh dikatakan HARI BENGANG SEDUNIA ..buat akulah

 Ntah, bengang semacam je 2,3 menjak ni..
Banyak hal kot!!
Salah satu aku paling bengang nya arini
Sebab ada ORANG2 YG TAK BERKENAAN dlm idup aku ni suka buat hal
Dengan kata lain, kacau idup aku anak beranak
Suka cari pasal dgn aku
Aku pun tak tau apa sebenarnya dorang2 ni nak
Aku tak kacau langsung kehidupan mereka
Malah jauh skali untuk ambik tau hal yg tak berkenaan
Cukup2lah dengan hal aku yang dah melambak2 ni
Aku pun heran, kenapalah masih ade lagi MANUSIA yg berhati mcm tu dlm dunia nih!!!!
Mau aku maki jer...
Dalam hati ni, Tuhan je yg tau..
"OOOOOiiiiiii manusia tu, korang sudah lah kacau idup AKU!!!!!!!
Aku takde HUTANG pe pun dgn korang...
Tolong lah..klu korang still lagi suka GANGGU kehidupan aku ni
Aku tak keberatan untuk ambik TINDAKAN yg sepatutnya!!!!!!"
Kali ni memang aku nekad...
Kalau berani, cubalah.........


xoxo
Muni Qazrina

Saturday, December 4, 2010

Khasiat unik buah kiwi - Dua biji sehari cukup untuk bekalan kandungan nutrisi yang diperlukan tubuh

Alang2 dah post n3 pasal kiwi, meh baca apa kebaikan kiwi ni..

BUAH kiwi mempunyai pelbagai kandungan nutrisi yang diperlukan setiap hari sebagai diet sihat. Cukup sekadar menikmati dua biji buah kiwi bersaiz sederhana setiap hari, tubuh kita lengkap dengan khasiat yang diperlukan.

Buah kiwi bukan saja sedap, malah dikatakan sajian gizi terbaik untuk dinikmati kerana mempunyai sumber mineral seimbang, vitamin semula jadi dan membekalkan antioksidan untuk tubuh. Vitamin C, serat dan potasium juga dikesan terdapat dalam buah kiwi. Kajian mendapati buah kiwi mempunyai sehingga 120 kandungan kalori atau 60 kalori dalam sebiji buah kiwi untuk tubuh manusia.


Menariknya menurut fakta, buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding oren selain mengandungi dua kali ganda vitamin E berbanding avokado. Kandungan khasiatnya sesuai untuk hidangan mereka yang mementingkan kesihatan dan pesakit kencing manis kerana mengandungi indeks glisemik (GI) yang rendah serta mengandungi serat sama tinggi dengan hidangan emping bijirin.

Pengurus Sains Kesihatan Zespri International Limited, Lynley Drummond, berkata pengambilan makanan memberi kesan terhadap kesihatan keseluruhan tubuh dan rata-rata masyarakat disaran memakan lebih banyak mengambil buah-buahan serta sayur-sayuran kerana kandungannya padat dengan nutrien bermanfaat

Katanya, satu hidangan dua buah kiwi mempunyai lebih banyak vitamin C berbanding dua biji oren, selain mengandungi kandungan tinggi potasium daripada pisang dan tinggi serat makanan daripada semangkuk bijirin.

“Terdapat banyak peranan baru yang ditemui dalam vitamin C. Kesannya dalam kesihatan yang baik lebih nyata kerana ia penting. Vitamin C dapat mengawal peranannya dalam sel pertumbuhan manusia.

“Buah kiwi dikesan meningkatkan glukos dalam sel metabolisme dalam badan selain berfungsi untuk sel darah merah. Vitamin C yang terdapat dalam buah kiwi membantu meningkatkan tahap fungsi vaskular iaitu pembuluh darah dan arteri, malah membekalkan darah ke dalam tubuh,” katanya ketika ditemui sempena lawatan media ke New Zealand, baru-baru ini.

Berikutan gelombang penyebaran wabak influenza H1N1 kedua berlaku, baru-baru ini, menyebabkan warga dunia berhati-hati dengan pengambilan makanan. Sehubungan itu, masyarakat disaran menukar makanan atau buah-buahan yang kaya dengan bahan imunisasi seperti buah kiwi.

Drummond berkata, manfaat untuk kesihatan buah kiwi kaya dengan nutrien membantu mencegah penyakit, memberi tenaga selain pilihan diet harian yang mudah.

“Buah kiwi sesuai dimakan mentah bersama kulitnya. Selain menjadi penambah selera apabila dimasukkan dalam masakan, secara puratanya buah kiwi menyediakan kandungan vitamin C dan juga bahan lain seperti folat, potasium dan zink yang sangat penting untuk mengekalkan kesihatan menyeluruh,” katanya.

Justeru itu, bagi meningkatkan tahap kecergasan dan tenaga dalam badan, nikmati buah kiwi dan antara syarikat yang mengedar buah berkenaan ialah Zespri Kiwifruit. Dua jenis kiwi yang dikeluarkan ialah Zespri® Green (hijau) dan Zespri® Gold (emas). Buah kiwi keluaran Zespri bukan saja menyediakan kandungan vitamin dan nutrisi, sebaliknya turut menjadi sumber karbohidrat dan mempunyai kandungan antioksida.

Zespri ™ International Limited adalah pemasar buah kiwi terbesar di dunia dan menjual buah kiwi ke lebih daripada 60 negara. Beribu pejabat di Mount Maunganui, New Zealand iaitu daerah pengeluaran buah kiwi terbesar di negara berkenaan, Zespri ditubuhkan pada 2000 ekoran penstrukturan semula industri buah kiwi bagi bertujuan mewujudkan satu titik tumpu untuk mengeksport buah kiwi keluaran New Zealand.

Baik untuk kesihatan

Buah berkenaan dikenal pasti padat dengan khasiat nutrisi dan menduduki tempat teratas di dalam model kepadatan nutrisi buah-buahan. Buah kiwi menyediakan lebih banyak vitamin dan mineral untuk setiap gram dan setiap kalori dalam sebiji buah kiwi berbanding dengan buah-buahan lain seperti oren, kranberi, beri biru, buah delima, pisang dan epal.

Drummond berkata, menurut kajian buah kiwi Zespri ditemui membantu meningkatkan sistem ketahanan tubuh, meningkatkan daya kesihatan pencernaan dan prestasi otot selain dapat mengurangkan inflamasi serta kerosakan sel.

“Penelitian terbaru itu adalah sebahagian daripada program ilmu Zespri bagi menunjukkan manfaat kesihatan buah kiwi di samping menyokong kajian terdahulu yang menunjukkan buah kiwi boleh membantu menguatkan pertahanan alami untuk perlindungan seharian,” katanya.

Beliau berkata, kajian yang didapati dalam buah kiwi hijau dan kuning Zespri menyediakan banyak antaranya meningkatkan tahap imunisasi semula jadi dalam badan selain bertindak balas dengan cepat terhadap selsema dan penyakit lain.

“Buah kiwi Zespri kuning dan hijau dapat mengurangkan keradangan yang berkaitan dengan penyakit untuk jangka masa panjang seperti radang sendi, barah, penyakit jantung, kencing manis dan masalah berat badan. Ia dapat membantu mencapai keseimbangan optimum antara bakteria baik dan buruk serta mampu melindungi serangan barah berkaitan enzim dalam pencernaan yang lebih rendah. Ia juga mampu melindungi otot terhadap tekanan oksidatif berkaitan dengan sukan,” katanya.

Buah kiwi sarat juga dengan phytonutrients yang baik bagi tahap kesihatan kerana menghasilkan polyphenols sebagai antioksidan dalam tubuh, enzim untuk pencernaan dan karotenoids yang bermanfaat sebagai antioksidan selain kesihatan mata.

Ditanya mengenai perbezaan antara buah kiwi hijau dan emas keluaran Zespri, Drummond berkata, bezanya ialah dari segi rasa. Buah kiwi hijau mempunyai rasa lebih masam dan kelat sementara kiwi emas mempunyai rasa pula cukup masak dan tropika seperti gabungan rasa buah mangga, tembikai dan sitrus.

Selain itu, bentuk buah kiwi emas lebih lonjong dengan kulit licin dan terdapat bentuk mahkota diatasnya, manakala buah kiwi emas pula berbentuk lebih bulat.

Memakan buah Kiwi Zespri™ dengan kerap antara cara mudah bagi mendapatkan kandungan nutrien penting untuk badan. Buah kiwi Zespri boleh membantu kita berasa lebih sihat dan dapat menikmati usia lebih panjang.

Jika mahu menjaga badan dan inginkan tenaga lebih, maka buah Kiwi Zespri™ seharusnya menjadi pilihan. Bukan saja padat dengan khasiat nutrien, ia juga rendah lemak dan mempunyai kadar GI rendah secara semula jadi. Menikmati hidup lebih sihat menyeluruh yang lebih baik, jadikan buah kiwi sebagai amalan pemakanan rutin harian.

FAKTA: Kandungan buah kiwi

  • vitamin C - mempunyai dua kali ganda vitamin C berbanding buah oren. Kandungan yang hanya perlu diambil dua biji buah kiwi setiap hari untuk mendapatkan kadar yang disarankan.
  • Vitamin E - jarang sekali terdapat dalam makanan rendah lemak semula jadi. Lebih-lebih lagi buah boleh menjadi sumber vitamin E (dikenali sebagai vitamin yang kaya dengan kebaikan untuk kesihatan jantung dan antioksidan)
  • Asid Folik - sumber semula jadi diperlukan bagi menghalang kecacatan neutral di kalangan bayi (manusia memerlukan asid folik sebelum dan ketika hamil) untuk perkembangan otak dan kognitif di kalangan kanak-kanak dan menghalang penyakit kardiovaskular. Setiap orang memerlukan zat itu dalam kadar yang mencukupi. Asid folik penting sehinggakan ada negara yang mempertimbangkan untuk menambahkan asid folik ke dalam tepung gandum untuk memastikan masyarakatnya memperoleh asid folik mencukupi.
  • Potasium - mempunyai tahap yang hampir sama dengan pisang. Buah kiwi sumber potasium rendah garam berpotensi memberi manfaat dalam penjagaan tekanan darah dan kesihatan jantung.
  • Lutein karotenoid - bukan saja mempunyai kandungan Lutein karotenoid tertinggi di kalangan buah-buahan, tetapi buah kiwi dibuktikan jauh lebih baik dari sayuran dari segi bio. Ia boleh membantu masalah penglihatan yang berkait dengan usia tua.
  • Antioksidan (contohnya polifenol, karotenoid) - berfaedah termasuk enzim unik lain. Memakan buah kiwi setiap hari adalah cara mudah untuk mendapatkan keperluan antioksidan seharian bagi melawan kerosakan yang disebabkan olah radikal bebas dan tekanan oksidatif.
  • Serat - Buah kiwi sesuai dimakan untuk mengurangkan rasa kembung dan tersumbat. Diiktiraf sebagai pembantu kepada sistem pencernaan semula jadi
Sumber : 2010/06/24 - Berita Harian Online
 
xoxo
Muni Qazrina
 

BARAT vs TIMUR

Hujung minggu..ujan yg berpanjangan
Minggu ni ada 'Monsoon Cup' kat Pulau Duyung, tp x pegi pun..
Minggu ni takde xtiviti menarik yg boleh dibuat coz cuaca kurang baik
Lepak2 aje kat umah sambil melayan karenak Aimi cuk!
Ermmm..klu dah kat umah tu, takde keja lain lah
acara MAKAN!!!
Hehehehehe...membesarkan badan daaaa..
Ini petang, kami pekena ini

KIWI...ala2 biru mataku. Best buah ni, baik untuk kesihatan. Ade org ckp, dapat mencegah kanser.

kalau ujan, paling best layan ni jugak..


UBI KAYU REBUS+GULA...perghhhhh,tangkap leleh. Lepak skali dgn KOPI O panas...meletops!!

**Windu sgt sama Mr Asben daaaaa....lagi seronok join makan2 klu dia ade..huhuhukkkkk

xoxo
Muni Qazrina

Friday, December 3, 2010

NAIK LAGI!!!!

Apa yang NAIK lagi...????
Baru jer announce kat berita jam 8.00pm tadi

v


v

Kenaikan Ron95 : RM1.90/liter
Diesel : RM 1.80/liter
LPG : RM1.90/liter & 
Gula : RM2.10/kg...
Bermula jam 12:01am esok.



Sume dah NAIK daaa...
Apa nya yang TURUN????
Le ni, ujan jer yg makin lebat TURUN!!!!!!
Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......
Dunia oh dunia.....

xoxo
Muni Qazrina

Thursday, December 2, 2010

KEBAIKAN MEMAKAI 'PANTYLINER'

Korang ada pakai 'pantyliner'??? Aku start pakai since blajo kat U dulu..Tu pun dapat tau dr kekawan kebaikan 'pantyliner' ni..bukan apa, untuk lebih keselesaan pada diri. So, sampai sekarang aku masih dan masih..kalau tak pakai, macam tak lengkap lah pulak yer.

Aku pakai yang ni..


Brand : Carefree
Yang scented punya..wangi sket!!! cantik kan dia punya packing..

Ni aku share info sket, aku baca dar SINI!!

Manfaat pemakaian pengalas seluar

Keputihan, peluh dan lembapan selepas membuang air boleh menyebabkan pembiakan bakteria pada seluar dalam, dan seterusnya mengakibatkan masalah lain pada bahagian sulit anda seperti kegatalan yang ada kalanya bersifat kronik.

Menurut kajian yang dilakukan di Barat, setiap wanita mungkin pernah mengalami masalah kegatalan itu sekali dalam seumur hidup mereka, namun ada juga wanita terutama di kalangan remaja dan wanita muda yang kerap mengalaminya.

Malangnya, kebanyakan wanita yang menghadapi masalah berkenaan enggan mendapatkan rawatan. Selain malu, sikap masyarakat yang masih menganggap masalah membabitkan bahagian sulit seperti kedatangan haid, kegatalan, keputihan dan lelehan yang keluar sebagai sesuatu yang tidak boleh dibincangkan secara terbuka menyebabkan masalah berkenaan terus berlaku.

Ini mengakibatkan ramai wanita terpaksa ‘menderita’ dalam diam walaupun hakikatnya penyakit itu boleh dirawat. Perkara sama juga berlaku kepada remaja yang mungkin beranggapan lelehan yang ada kalanya mendatangkan bau tidak menyenangkan sesuatu yang cukup peribadi untuk dibincangkan bersama ibu atau rakan.

Hakikatnya, masalah pada bahagian sulit tidak berlaku kepada individu tertentu kerana boleh dikatakan semua wanita mengalaminya. Tanpa pengurusan yang baik, masalah dialami boleh berlarutan dan menyebabkan penyakit yang lebih serius seperti kegatalan kronik.

Lazimnya, ini berlaku apabila lembapan pada seluar dalam tidak ditangani dengan baik. memahami masalah wanita hari ini, pelbagai jenama termasuk Carefree tampil dengan penyelesaian mudah bagi mengelakkan lembapan tidak menyenangkan pada bahagian berkenaan.

Pengalas seluar atau lebih dikenali dengan istilah dalam Bahasa Inggeris, iaitu panty liner, berfungsi sama seperti tuala mandi bagi memastikan kawasan pada seluar dalam sentiasa kering dan segar sepanjang hari.
Berbeza dengan tuala mandi pengalas seluar lebih nipis kerana hanya digunakan pada hari biasa dan bukannya ketika kedatangan haid, tetapi sebaiknya ia dipakai setiap hari sebagai persediaan kedatangan haid. Begitupun, sama seperti tuala mandi pengalas seluar juga mempunyai pelekat yang dapat mengekalkan kedudukannya.

Selain itu, pemakaian pengalas seluar juga boleh mengelakkan kotoran degil yang sering berlaku pada bahagian V seluar dalam, malah anda dapat mengelakkan bau kurang menyenangkan selama kira-kira lapan jam sehari terutama jika anda sedang mengikuti kegiatan lasak.

Pengguna digalakkan memakainya setiap hari dan menukar pengalas seluar dalam itu sekurang-kurangnya dua kali sehari bagi memastikan kesegaran.

Pengalas seluar mempunyai tiga lapisan
# Lapisan teratas - menyerap lembapan daripada kulit.
# Lapisan penyerapan nipis - menjadi tempat lembapan di simpan.
# Lapisan bawah - mencegah lembapan keluar.

p/s : Bila aku soping 'pantyliner' bersama dia @ Mr Asben, sure dia akan cakap...'Aimi, Mak ni kan dari kecik sampai sekarang [tua] pakai "PAMPERS" ..'!!!! Haru betul lah statement...

xoxo
Muni Qazrina

KOPI : BUAT PAYU DARA KECUT!!

Jangan terkejut ye..baca ni

LONDON: Pengambilan hanya tiga cawan kopi sehari dikatakan mampu mengecutkan buah dada wanita kerana kafein yang terlalu banyak boleh menjejaskan hormon dalam badan dan menggugat saiznya.

Kajian terbaru yang dijalankan sekumpulan penyelidik menunjukkan lebih banyak kopi yang diminum, lebih kecil saiz buah dada mereka.

Hampir 300 wanita yang mengambil bahagian dalam kajian itu dan mereka ditanya purata jumlah pengambilan kopi sehari dan saiz payu dara mereka diukur.

Keputusan kajian itu yang disiarkan Jurnal Kanser Britain mendapati bahawa dengan hanya meminum sekurang-kurangnya tiga cawan kopi atau lebih sehari sudah cukup untuk mengecilkan saiz buah dada mereka.

Kesannya meningkat bagi setiap cawan kopi yang diminum.

Hampir separuh daripada wanita dalam kajian itu menunjukkan perubahan gen yang dikaitkan dengan pengambilan kopi dan saiz payu dara mereka.

"Meminum kopi boleh memberi kesan besar terhadap saiz buah dada," kata Helena Jernstrom dari Universiti Lund, Sweden, yang mengetuai kajian berkenaan.

"Wanita yang minum kopi tidak perlu bimbang buah dada mereka akan mengecut dengan cepat dalam masa semalaman. Ia akan menjadi lebih kecil tetapi tidak terus menghilang," katanya.

"Bagaimanapun, mereka yang berpendapat boleh meneka wanita mana peminum kopi hanya melalui ukuran baju dalam mereka akan silap.

"Masalahnya, ada dua ukuran bagi sehelai baju dalam iaitu saiz mangkuk dan ukur lilit jadi tidak mudah untuk anda meneka."

Wanita yang minum lebih tiga cawan kopi sehari mempunyai purata 17 peratus saiz buah dada lebih kecil berbanding mereka yang minum kurang tiga cawan sehari.

Wanita yang mempunyai saiz buah dada lebih besar paling berisiko tinggi, kata saintis berkenaan.

Bagaimanapun, kajian itu tidak dapat merumuskan sama ada meminum jumlah kafein yang banyak setiap hari juga boleh menjejaskan kepadatan buah dada. - Agensi

Aku godek2 kat SINI..

xoxo
Muni Qazrina

Wednesday, December 1, 2010

CK IN2U


Hadiah anniversary tahun ni..he3.
Punyalh berzaman baru dah upload citer..
Terlupa daaa..
Hadiah biasa2 ajer tapi bermakna buat seluruh tubuh badan ku
Apa lagi..Parfum lah!!!
Tu yg aku request jgk lah, sbb stok parfum dah habis
Kami terjah Parkson Kuantan jer [kira2 2 bulan lepas]

Close up sket... 


xoxo
Muni Qazrina

CHOCO CHIPS

Choco Chips tu nama biskut..
Ala-ala 'Chipsmore' rupa dan rasanya biskut tu.
Kami jumpa masa terjah kedai 2N Shop [kat kedai lain tak penah jumpa lg]
Murah dari chipsmore sket..
Harga Rm1.00 jer, dalam ade 10 keping..
Keluaran Lee
Sedapp....
Cehhh..mcm duta biskut lah plop; promote!!

Nilah...rupanya

Aimi cuk panggil biskut Mr. Bean, sebab ade gambo mcm bear Mr. Bean!!!!

xoxo
Muni Qazrina

TIPU @ TERTIPU

Sudah lumrah manusia, ade perangai mcm tu..
Mungkin kami kena tipu @ tertipu oleh manusia2 kat laur sana?
@ mungkinkah kami ni terlalu lurus bendul?
Senang kena tipu dengan org yg pandai bermain kata2??
Tipu itu..
Tipu ini..
Bagi alasan itu..
Bagi alasan ini...
Macam-macam cerita yg didengar
Dari mulut orang lain [yg kenal 'manusia' yg dimaksudkan]..
Entahlah, adat manusia menjual beli kot..
Begitukah caranya untuk berurusan?
Pakai tipu menipu untuk melariskan barang??
Entahlah, aku pun tak pasti 'manusia' macam tu!!!
Yang nyata, kami tidak 'redha' diperlakukan sebegitu...
Itu hanya urusan 'manusia' itu dengan TUHAN...

*** Sekadar coretan, tidak ditujukan kepada sesiapa sama ada yg hidup @ mati..
*** Terpikir2 slps bersembang dgn kekawan @ seangkatan dengan 'manusia' itu.


xoxo
Muni Qazrina
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...