SUDI SUDIKANLAH, TINGGALKAN LINK ANDA UNTUK SAYA MELAWAT KEMBALI KE 'RUMAH' ANDA..

Thursday, March 31, 2011

MOOD : BERCAMPUR BAUR

Hi...semua!!!!!!!!!
Dah lama tak hapdet blog!!!!!
Sekarang ni rajin 'blog walking' jer..
Jenguk2 rumah kawan kawan..
Sedangkan rumah sendiri ni dah bersawang weiii...
*** Mood: Bercampur baur....

Nk kata rajin sangat pun tak..
Nak kata malas sangat pun tak...
So??????????
Korang pikir sendiri lah yea......huhuhuuks

xoxo
Muni Qazrina

Friday, March 25, 2011

LUNCH ARINI

Today mood masak2 bagus
Sebab ade orang tukang makan
Mr asben dah sampai umah petang semalam..hohoho!!!
Meh tengok apa yg saya masak petang tadi
Sbb kami lunch dah jam 3.30pm
Pagi tadi bfast lewat > 11am
Pekena nasi dagang!!

Ikan 'Tombok' 3 rase [aku tak surelh korang pggl nama pe ikan ni]..sbb tu org kg aku panggil, he3..

 Kangkung Belacan +'shell' [sejenis kerang]..bukan SHELL minyak ye, huk3..

haaaa...ginilah rupe bentuk 'shell' tu [kredit Google]

and

Sotong Goreng Kunyit....

Ringkas & simple jah makanan kami..
Masak yg senang2 jer..
* Ade org mkn 2 pinggan td...agaknya dh lama tk rase air tangan aku kot!!!! Siap puji 'best' Syg masak ikan tadi...huahuahaaaaaa!!!!!

Ingat petang ni nak p Pasar Malam kat Duyung..tapi Aimi cuk lena lewat ptg td, ni blum bgn laaaiiii..Nampak gaya, pas Magrib jgk le klu pegi. Mau cari itu apam balik daaaaa...

xoxo
Muni Qazrina




Thursday, March 24, 2011

KHAMIS YG GUMBIRA

Salam khamis!!!!!!!!!!!
Hari yg ceria & gumbira
*Pdhal br ajer lepas mbebel kat bdk2 aku



Uolls dah tau kan sbbnye nape ek????

xoxo
Muni Qazrina

Wednesday, March 23, 2011

BENGKEL PAKEJ RANGSANGAN

Salam hari Rabu...
Walaupun dah nak abis setengah hari..heheheeee
Cuaca yang amat sejuk..
Dah rase tahap beku duk dlm opis ni..
Kena byk bergerak untuk panaskan badan

Nak citer ni,
Esok kena attend bengkel untuk Aimi cuk

Bengkel Pakej Rangsangan

Aku sendiri pun, tak sure bengkel bentuk apa ni
Apa2 pun, pergilah esok.
Kena mintak halfday le esok ni

Insyaallah..esok Ayah akan terbang balik
Jangka sampai petang..

xoxo
Muni Qazrina

Tuesday, March 22, 2011

NASI MINYAK JOHN

Bekpes aku pagi semalam..
Kalau kat KT ni, glamer lah kalau sebut Nasi Minyak John!
Untuk aku, takdop lah jadi ketagih sgt..
Kalau setakat rase nak makan..p terjah jer lah
Lokasi : Sebelah bangunan Eon Kredit KT [area Jalan Petani otw nak ke Astaka]
Mase jualan : dr 9.30am ke atas


Siap dgn paper wraping..class marketing


haaaaa...ni aku nye Nasi Minyak + daging + telur RM4

Kat sini mcm2 lauk ade..
Ayam, daging, telur @ lelemak daging
Yang mana menjadi pilihan??

xoxo
Muni Qazrina

RUMAH BANGLO AIMI

Meh nak tunjuk sket 'Rumah Banglo Aimi'..


* Credit to Ayah!!!

xoxo
Muni Qazrina

MAI LAH..MAI LAH

Sedang menyeru ni
Mood tuk menghapdate blog blum muncul2 lagi...
Huhuuuuuu..
Nak kata bz sesangat tu, takdoplah jgk!
Nak kata free sesangat tu..pun dok jugok!!
Banyak citer dh tertangguh nie..
Mai lah mood...
Mai lah.....

p.s : Aimi cuk dah g school since Ahad aritu. Dia dah semakin ok! Alhamdullah...

xoxo
Muni Qazrina

Thursday, March 17, 2011

STABIL

Alhamdulillah..
Arini keadaan Aimi dah ok dari semalam & malam tadi
Malam tadi pun, jam 12am badan agak panas
Dan 'enzime' semakin galak menyerang
Dang2 aku kejurkan dia bagi ubat..
Huhuuuuuu..klu tak???? mati kutu plop aku malam tadi
Dia terjaga awal pg jam 5am mintak 'nek'
Ok, sume merah2 dah takdop
Fuuuhhhhhh, lega!!
Mr asben call awal pg nak make sure camne
If not, terpaksa balik jgk lh rini
Kalau keadaan Aimi makin parah..
Kalau rini, masih merah2 sure aku terjah Intan lagi
Tunggu sehingga tengahari, tkde..
Cuma panas suam2 rase [ bg ubt demam]
Kami berdua menghela nafas LEGA!!!
Coz rini berlalu dgn aman & jayanya
Tiada perasaan jiwa kacau & bercelaru..
Harap2 Aimi semakin ok untuk hari2 esok & mendatang...
Amen....
Semoga cepat sihat anak Mak!!!!!!

xoxo
Muni Qazrina

Wednesday, March 16, 2011

ALHAMDULILLAH...OK SIKIT!!

Hanya itu yg mampu diucapkan
Disebabkan 'sakit' Aimi makin teruk petang tadi
Tawakkal jer bagi ubat tahan gatal yg Doc kat Intan bagi semalam
Sebab bila dibandingkan dgn ubat yg pakar kulit bagi ritu, sama jer..
So, hasilnya


Pics by 8.45pm..sempat buat muka lawak

Dah ok sket dr petang td..syukur padaMu Ya Allah!!! Harap2 ianya bertambah baik malam ini, esok dan esokkkkkk....

p/s: terpikir dang2 nak call Mr asben petang tadi suh balik, coz tak tahan tgk kesengsaraan Aimi cuk. Dah 'blank' buntu takleh pikir pe nak buat...huhuhuhuuuuuuuuuuuuuuuu!

xoxo
Muni Qazrina

UPDATE ~ AIMI

Arini cuti lg...
Malam td Aimi asyik merengek semasa terjaga
Badan tak selesa akibat gatal2 ditambah dgn alergic lg
Pagi td jam 5, merengek lagi
Badan terasa bahang
Kelam kabut lg aku pg td
Ya Allah, apakah dugaan ini?
Kalau boleh, biarlh sengsara sakit tu aku yg tanggung
Kesian Aimi...
Arini, mood makan tkdop
Maybe sakit kot..
Letih katanya!!
adusss ciannya anak Mak..




dipenuhi dgn Callamine lotion..

Terkini....

Abis muka anak Mak..cepat sembuh ye sayang!! *sempat lg buat muka lawak

*Ayah ade call..should he come back??? ahhhhh,buntu buntu..

xoxo
Muni Qazrina

Tuesday, March 15, 2011

OBLONG BURGER

Dinner kami 2 malam sudah..
Tekak tetiba teringin nak makan benda alah ni

Ala ala ... 'Prosperity Beger'!! 

Tapi, bagi tekak aku nilah
Lebih sodap beger ayam@ daging special tu

xoxo
Muni Qazrina

CAMPAK PULAK

Ekoran dari demam petang Sabtu lalu..
Ahad, 'emegency leave' coz Aimi cuk demam lagi..
Isnin + Selasa kerja
How bout tomorrow..???
Nampak gayanya kena ambik cuti lagi lah
On the back tadi tetiba terperasan kat badan Aimi merah2
Dalam kepala otak ni, agak kena 'campak' dah
Straight ke Intan nak confirmkan
Sah2 ianya campak yang baru nak naik!!
Dicampur dengan alergic coz ade biji2 merah..
Patutlah die garu2 semacam jer...
Ya Allah...Dugaan lagi untuk arini
So, Doc bagi ubat tahan gatal & 'Callamine lotion'
Harap2 anak Mak cepat sembuh yer...

Pose dari budak kena campak!cekci....

** Mood sebak bila anak sakit aku keseorangan, di kala ujang yg lebat mencurah!!! Ya Allah tabahkan hatiku..amen!!!

xoxo
Muni Qazrina

Monday, March 14, 2011

DARI...SEBERANG TAKIR!

On the way back..kami pusing pusing
Area Seberang Takir...
Meh nikmati keindahan ciptaanNYA!!

nun di sana..bandaraya K.Trg

bot bot nelayan... tengok kat sana : Riyazz Heritage



Cantik area sini..klu buat photoshoot ni, sure cun habis!!!

xoxo
Muni Qazrina


BREAKFAST AIMI

Ini dia peberet bekpes Aimi
Kalau boleh, dia nak makan ni setiap hari..

telur separuh masak + kicap manis

Isshhkkkk..mane boleh kasi hari2
Telur ni kolestrol tinggi
Cewaaaahhhh, konon jaga diet Aimi..
Kesnya dia suka sgt telur ni, pabila tengok Ayah makan
So, dia tumpang 2 kaki..

p.s : Aimi cuk baru je tido, badan dah rasa panas2 lah pulak..huhuhuuuuu. Dah tempek 'cool fever' tu. Harap2 jangan lah melarat mcm semalam, kul 2am dia merengek coz bdn panas!!!

xoxo
Muni Qazrina

Sunday, March 13, 2011

KURUNG BARU

Baru je siapkan sepasang kurung
Untuk anak dara ambe


Aimi cuk suka sgt berbaju kurung..
Cantik katanya
Siap pesan lagi..
Nak lagi 1 baju kurung color stoberi [pink]
Hahahaaaaaaaaaaaa....

xoxo
Muni Qazrina

"MAK...CANTIK KETA TU"

Arini, emegency leave
Aimi cuk tak sihat lagi
Badan panas lagi
Malam tadi kul 4am lebih rengek2..
Badan panas!
So, pagi tadi kami ke Intan coz ubat nk ambik ubat demam

demam pun ttp maintain pose!!

On the way ke klinik
Di satu persimpangan 'traffic light'..
Aimi cuk nampak ini!


Aimi : Mak!!!!!!! cantik kan keta tu.....
Mak : Mane...???? 
Aimi : Tu...[sambil tunding jari ke arah keta depan kami]
Mak : Gulllppppppp..* telan air liur!! ermmm, cantik sangat Aimi.
Aimi : Nanti kita suruh Ayah beli ye.... [sambil senyum simpul]
Mak : **Ting ting....okeyyyyy, nnt kita cakap dgn Ayah. Suruh Ayah beli satu ye.

*** So, credit to Ayah!!!!! Sila fahami perbualan kami ye..ha3

xoxo
Muni Qazrina

Saturday, March 12, 2011

PANAS

Sekitar kul 6lbh tadi,
Badan Aimi tetiba panasss
Fuuuhhhhh,
Janganlah melarat demamnya nak oooiii..
Ayah takdop ni
Dengan sepantas kilat
Geledah ubat ubatan dalam peti ais
Nasib ade ubat demam..
Sebab Aimi dah agak lama tak demam
Yang last aritu, die selsema dan batuk
Then, kul 8pm tadi..
Badan dah berpeluh dan agak ceria sedikit
Mintak cococrunch
Tengoklah keadaan camne malam ni , pagi sok..
Kalau tak ok lagi, nampak gayanya
Mak kena 'emergency leave' le sok!

* Demam rindu Ayah kot!!!

xoxo
Muni Qazrina

SINGGANG PEDAS

Alhamdulillah...
Kenyang!!!
Baru je pas 'lunch' kul 3.30 td..
Bila time cuti2 ni agak lewat lah nak masak
Tambah2, ari ujangggg...
Sebab penangan spaghetti pg tadi
Ikutkan dek ati ni..
Malas dah nak masak nasi
[ kunun...nak diet lah!!!!] kuang kuang..
Tapi, memikirkan si anak dara ambe sorang tu
Masak lah jgk 1 pot beras...ha3
Tak padan nak goyoh periuk weiiii..
Alih2 die nak makan nasi + kicap jgk
Satu senduk pum tak luak!!!
Tak padan duk perang kat dapur
Nasib masak 1 lauk jer..
Ni haaaa

Singgang pedas ikan merah...

Aku pulop yg beria2 makan..
Nasi putih + ikan singgang pedas + budu
Perggghhhhhh..lauk ari ujang
Tangkap leleh weiiiii...

xoxo
Muni Qazrina

TSUNAMI DI JEPUN!!

Semalam 11 Mac 2011
Tsunami melanda Jepun...
Macam macam dugaan DIA dah turunkan
Dunia dah nak akhir zaman!!!

Just klik SINI untuk details...

Di Trg sendiri pum, polis memantau di sepanjang pesisir pantai. Ya Allah, takutnya..rumah ni tak jauh dgn pantai. Malam tadi, tido pun tak berapa lena. Perasaan bercampur baur!!!

* Ya Allah ya Tuhanku, Kau selamat dan lindungilah suamiku di sana.....amen!!!
* Tika ini, cuaca tak menentu, ujan dan angin..langit gelap.
* MOOD : JIWA KACAU...

xoxo
Muni Qazrina

SPAGHETTI CHICKEN MEATBALL

Ade mood rajin sedikit arini
Semalam masak mee goreng putih [versi Aimi]
& nasi goreng bilis [juge versi Aimi]
....means, tak pedas ler.

Dan arini, pepagi duk ketung ketang kat dapur
Hasilnya...


Spagetthi..
Alahai tekak ni
Terasa cam nak jd minah salleh plop arini
Huhuuhuuu.....
Aiiii, camner namanya jd nama sebegitu rupe ye?
Alamak!! pabila dah ttup api dapur, baru terpandang si cendawan tak masukkan..hu3
Aiii, nak cepat nye pasal lah ni..

Meh aku share sket resipi nya. Aku otter sendiri!!! ha3...
Pakai main campak2 dan ikut firasat hati

Bahan - bahan

1 bungkus spaghetti [ tak kisah lah ape brand pun, asal HALAL]
Air untuk merebus 

Garam secukup rasa

Untuk Kuahnya.

2 sudu besar minyak kelapa sawit / zaitun.
1 ulas bawang besar kuning Holland (dicincang)
1 labu bawang puth (dicincang) 

Sedikit cili boh
Sos Spaghetti tradisional [Kimball]
1 peket / lebih ayam kisar [ aku guna Ramly]
450-500g tomato puree.
Air secukupnya. Nak pekat, sedikit aje.
2 biji tomato ranum merah (dipotong kuib) 

* 1/2 sudu kecil Oregano @ Italain herbs
* Bebola Ayam / daging
* Beberapa biji cili padi [nak lebih pedas]

* Pilihan lah, kalau tak letak takpe...
Cara:

1) Rebus Spaghetti dengan air + sedikit garam.
2) Baca dengan teliti peraturan merebus spaghetti.
3) Kacau sekali-sekala.
4) Masa merebus 8- 10 (lihat masa pada bungkusan spaghetti)
5) Apabila sudah lembut tapi masih kenyal, toskan.

Tips: Ada 2 cara supaya spaghetti tak melekat-lekat.

1) Selepas tos, tuang sedikit minyak dan gaul dengan spaghetti. atau
2)Toskan dibawah air yang mengalir sehinga tidak melekat. 

 

Kuah:
- Panaskan minyak dalam periuk.
- Tumis bawang kuning hingga lembut dan naik bau.
- Jangan sampai perang. Tambahkan bawang putih dan oregano.
Masukkan sedikit cili boh
- Masukkan sos spaghetti
- Tumis hingga naik bau. Masukkan ayam kisar
- Masak hingga separuh masak.Tambah tomato puree. Didihkan. Tambah air.
- Kacau hingga sebati. Biar mendidih. Campurkan buah tomato & cili padi. Kacau.
- Sekiranya suka, tambah bebola ayam disini.

 Cara membuat bebola ayam: 
- Guna ayam/ daging kisar
- Dicampurkan dengan 1 sudu tepung jagung
- Bawang merah & putih dicincang
- Sedikit perasa * lada sulah/ lada hitam klu nk pedas
- Gaul bersama2 & bentuk bulat2
- Goreng sehingga kekuningan

Hidangan : 
- Masuk Spaghetti dalam pinggan.
- Sendukkan kuah tomato tadi panas-panas.
- Boleh tambah bebola ayam disini sekiranya tak mahu di campur dengan kuah. Hias dengan daun  parsley kalau ada.

So...selamat mencuba lah!!!

xoxo
Muni Qazrina

Thursday, March 10, 2011

MODEL MUSLIMAH

Mode malam ni; Muslimah sejati!
Baju muslimah grab dr Sabasun masa beli brg2 balik kerja td
Layan aje lah ini budak..huhuuuuuuu
* credit to Ayah!!









Wawawawaaa... bagus anak Mak malam ni, berposing sakan. Tanpa paksaan & arahan. Mode dia bergambo kot malam Jumaat nih..he3. Gud job, my dear!!

xoxo
Muni Qazrina

Wednesday, March 9, 2011

RUMAH SAYA

Hasil karya Aimi kat school..

Rumah Saya!!

Try again, my dear! Dun give up, k.

xoxo
Muni Qazrina

PABILA...KAMI RINDU A.Y.A.H

Balik kerja, kami ke tempat biasa..
Melepaskan rindu kat Ayah!

Awan Nano ker??..huhuhu

pantai..ke mana lagi destinasi kami!! Lepaskan rindu pd lautan...

Untuk Ayah..sila lah tengok Ustazah Aimi..


Semoga kerinduan terubat!!!

xoxo
Muni Qazrina

BENGKEL

Baru masuk opis ni
Pagi tadi ada bengkel kat YPK


Bengkel Kemahiran Keibubapaan (Menggilap Potensi Awal Kanak Kanak)
Anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Trg
Sonot ikuti bengkel kali ni
Tak boring coz penceramah best!
Sambil2 ada selingan ibu bapa buat exercise..huhuhuuuuu
Siap kami dancing2 lagi tadi!!
Tapi, yg paling penting, INFO untuk gilap anak anak kita.

* Dah tau lagu yang Aimi cuk selalu nyanyi!! (Head, shoulder, knees & toes...)he3


xoxo
Muni Qazrina

Tuesday, March 8, 2011

SEMUT

Penangan semut ..
Semut minat ngan mata Aimi cuk!
Kes isap 'nek' pagi2 tadi lah ni,
Then, botol 'nek' lepor merata rata
Semut pun datang berkunjung lah...

Mata kiri bengkak kes semut datang berkunjung!!!!huhuhuuuuuuuuuuuu...

Dah tak chantekkk dah mata Aimi cuk
Besor sebeloh..hahahahaha!!

Mak dah sapukan ubat kasi bengkak tu surut
2,3 hari jugak makan masa ni..

# Notes : esok ade 'Bengkel Kepimpinan Keibubapaan' anjuran YPK. Wajib attend, untuk Aimi jgk ni..

xoxo
Muni Qazrina

CHECKING AT K.T.S

Ini kes cik P yg non stop lagi
Since 16 Feb last month
Mane leh jadi,
Mr Asben dah bising2 why lama sangat angkat bendera!!
Dari dia belum berangkat sampai sekarang..
Huuhuuuuu...kesian!!!! * versi tengok aje lah...kikikiki!!
Sorriiii ye yangggg....

Jumpe Doc Yusuf [Pakar Sakit Puan]
Nice orangnya...
Scan tgk rahim, kilang telur semua ok
Then, chek bawah plop...* korang paham2 jer lah ye, maksud 'bawah' tu!!
Godek nye godek, alhamdullah ok
Takde masalah..
Yer lah, takut jgk aku...
Pendarahan ke apa ker kan???
Doc citer itu citer ini
So..pahamlah aku kenapa jd camtu.
Solution dah dapat camne nak atasi problem aku tu
Cuma apa yg risau sikit lah..
Sebab cik P ni tak teratur
Waktu subur pun tak menentu
Maka..peluang untuk bb baru tu agak sukar sedikit!!
Puulllpppppp....
Tapi, Doc ckp..dun worry
Kena kerja keras sedikit lah..he3
Insyallah.....

ubat hormon n stop bleeding

the bill...ehem ehemmmm

Rabak gaklah 300++ arini
Tapi, servis ok..no hal!!
Ini, klu 3,4 kali pergi..asyik tanya sakit ape???
Samalah jgk kekdahnya kan??
Tak rugi buang duit sbb kesihatan kan??
Nak sihat punya pasal...

xoxo
Muni Qazrina

Monday, March 7, 2011

HOT, HOT!!

Tika dan musim ini..
Kepanasan melanda!!!

Aimi cuk berpeluh peluh lena ni..
Even dah pakai baju singlet 

xoxo
Muni Qazrina

AWAN NANO...


Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

xoxo
Muni Qazrina

Sunday, March 6, 2011

SENYUM..TAK PERLU KATA APA APA




Senyum senyum senyum
Senyum senyum
Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit
Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa
Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina
Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit
Ulang Verse
Ulang Chorus
Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan
Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian
Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit
Ulang Verse
Ulang Chorus
Ulang Verse

Kredit to Lirik Lagu
xoxo
Muni Qazrina
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...