SUDI SUDIKANLAH, TINGGALKAN LINK ANDA UNTUK SAYA MELAWAT KEMBALI KE 'RUMAH' ANDA..

Saturday, October 23, 2010

Dah kembali!!

Salam...
Agak lama menyepi, kami baru balik dari bercuti nih. Since Rabu aritu..nanti upload entri kami bercuti yea..
***
Tunggu!!!

xoxo
Muni Qazrina

Tuesday, October 19, 2010

Triffle

Sejak Mr asben dah kembali ke teratak kami last week, adelah jgk kerajinan aku tuk jenguk my luvly dapur tu. Ala, klu dia tak ade pun, rajin jgk..[ikut mood la..] Ujung minggu yg lepas mmg acara masak memasak.. licin u, Mr asben makan. Tak sia2 jgk aku bersilat kat dapur. Mcm pg td, aku tinggalkan bekpes tuk mereka berdua, bihun goreng. Aku plop, bawak bekal jerk. Jimat lah jgk. Bekpes tak yah beli dah. Kekadang, timbul gak perasaan ke'boring'an bekpes makanan2 kat kedai ni, naik muak dah!! 

Berbalik kepada Triffle td, errrmmm, benda alah nya mcm puding lah. Buatnye pun tkde lah rumit sgt. Cuma memerlukan kesabaran lah..Menu ni dah berkurun dah, means my family buat. Cuma, aku je ni, jarang2 buat. Kikikiki...bukan malas tao, depends on mood!!! 

Triffle ni boleh dimakan bila2 mase jer..yg paling beshh bila time lapor. fuhhhhh, mebeles u!! tak yah citer pjg lah,layann jer gambo nih!!!

*
*

haaaaa,,ni i punye versi yea (^_*)...


pandangan cc..nampak hodoh dan buruk, tp beshhhh...


xoxo
Muni Qazrina

Monday, October 18, 2010

Voucher Genting!!

Tetiba Mr asben menyuarakan plan trip ke Genting..nak release tension selepas 1 bulan ponat lelah bekerja. Nak bawak Aimi cuk jejalan, katanya. Aritu ade jgk lh tertengok kt 'FB' bout voucher murah Genting. Tapi, time tu tak terpikir nak pegi. Time ni lah baru ade plan. Klu tak silap rase nya dlm RM65 kot, bilik + theme park entrance..[igt2 lupa lah]..aku pun igt2 luper...sayang betul, dah melepas...


p/s : kekawan, klu ade info, tulun bgtau ek...

xoxo
Muni Qazrina

Sunday, October 17, 2010

Proton Waja Lancer@ INspiRa

Proton dah kluarkan model baru lagi, katanya nak gantikan model waja. Namanya Inspira..ala2 Lancer. Dengar2 citer, mcm lawo jer. Tunggu lah kemunculannya!!




Harga bermula dari RM79,888 sehingga RM95,000.
Berminat???? nnt jgn lupe kunjungi showroom klu nak tgk dgn lebih details.
xoxo
Muni Qazrina

Saturday, October 16, 2010

Bekpes :: Nasi Lemak

MoOd MeMasAk StiLL aDe LaGi...(^_*)
*
MeNu BeKpeS pG ni ;
~ NaSi LeMak
~ IkAn TonGGkol MaSaK MeRah@ SamBaL
~ ReNdanG AyaM
( HomEmAdE tao!!!)

** SoWi.. PiC tAk SemPat SnaP!!!! weeeeee.....

xoxo 
Muni Qazrina

Friday, October 15, 2010

Bajet 2011!!

PeTanG tD PM beNtAnG bAjET "11..ErMmmmmm....kuReNg NaK AmbIk KiSaH SGt, SbaBnYa, MosTLy, oRG GoMeN jEr Yg SelaLu Nye DpT..Mcm AkU OrG PrIvAte nI?????.....

p/s: tAdI aDe DgR dLm BeRiTa UtaMa : OrG GoMeN dPt CuTi BerSaLin sMpaI 90 Hari....huhuhuk!!!!!!

xoxo
Muni Qazrina

Hari Jumaat

Ini kisah satu hari di hari Jumaat @ weekends bg kami kat Pantai Timur ni.. Agenda arini :

Pagi : 
~ Ronda2 cari makan..bungkus nasi dagang+ kuih muih .. lepaks kat Pantai Teluk Ketapang (bawah pepohon rhu)

Tengahari :
~ Pas pekena nasi dagang.. ke pasar..cari bahan mentah. Cess konon, mcm lah nk menjamu org makan. Beli stok barang basah ler, coz spent time ujung minggu nilah nak masak memasak..
~ Belilah lauk pauk serba sedikit utk stok 2,3 hari. Ikan aya [tongkol], sotong n ayam. Aku ni jenis tak suka simpan lauk2 ni dlm peti ais lama2, rase nye dh jd lain. 
~ Then..balik umah [time ni pun dh nearly 12.00pm]

Petang:
~ Agenda memasak [padahal, jam dh pukul 2pm..] baru nk mulakan misi.
~ Menu simple, singgang sotong+ikan aya grg+kailan ikan masin+budu+tembikai
~Mr asben blk dr sembhyang Jumaat...makan [nyum nyummmm]
~ Bila perut dh kenyang, mata pun dh ngatuk ye sayang...so, acara zzzzzzzzzzzzzzzzzzz
~ Bgn tido, kami bawa mek cuk, round2 moto kat area2 sini jer

Malam:
~ Takde planning nk kuor ke mana2 mlm ni..
~ So, mlm nye menu...mee rebus ajer [nyumm nyummmm.. lagi]
~ Lepaks2..layan 'Ahmad Durrah'...
~ Ber'FB' n ber'blogging'
~ Malam ni, zzzzzz lewat sket takper, coz ptg td dh zzzzzz..esok plak still cuti lagi..(^_*)

Esok punya agenda???? blum pikir lagi....

xoxo
Muni Qazrina

Thursday, October 14, 2010

Dia dah kembali!!!

Pukul 1pm tadi.. Mr Asben dah selamat sampai di bumi Terengganu ni
*
And now, tengah bersuka ria & berkongsi citer dgn Mek cuk kat umah...
*
nanti kita jumpa jam 5pm yea..
*
Kami bertiga kembali...yeaaahooooooo...


xoxo
Muni Qazrina

Dalam Hati Ade Taman

Arini..hati kami berbunga riang..
**
Sebab tu dlm hati ade taman. Dalam taman ade bunga!!! kikiki..tak reti nak berfalsampah benornya. Jam 8.30am td, Mr Asben call dah ade kat airport, just landing.. so, we'll see u this noon!!! yeeeeeaaaahhhhhh... Mek cuk bukan main suka lg Ayah balik!!


xoxo
Muni Qazrina

Wednesday, October 13, 2010

Camera canggih!!

Aku ni suka sgt duk tgk gambo2 yg lawo2..yg org ambik lh. Macam pic wedding ke, outdoor shooting ke.. dorang guna camera yg canggih la katakan. Now aku pakai yg ni jer..

yang biasa2 jer..camera digital jgk..tapi kan, bila dh tgk punye tgk gambor2 yg chantek2 dan menariks tu..teringin lah jgk nk pakai camera yg mcm gini...

v




v




v

ermmm >> Nikon DSLR D5000...


yg ni ker >> D90....

fuhhhhh..teringin jer tuh, ade sape2 yg nak sponsor???? hehehehe...berangan lah. Xcelly persoalan ni dh diajukan kepada Mr Asben :: tp, aju, aju ayam...bukan ajak ajak ayam ekkk..
Nantilah, ade rejeki lebih..Insyallh, tercapai jua hasrat di hati ni. Ameeennnn!! Doa doakan lah..

xoxo
Muni Qazrina

CiT CaT

Malam tadi before tido..tetiba Aimi cuk tanya :

Aimi : Mak..ayah mane??
Mak: Ayah kerja lah sayangg...
Aimi : Ayah kerja mane Mak??
Mak : Ayah kerja kat laut lah..
Aimi : Ermmmm...[sambil berfikir], ayah kerja laut ke Mak, bukan ke ayah keja Kemaman???
Mak : Tak dooohhh..ayah kang mmg keja kat laut dh sekarang!! Nanti ayah balik esok, kita g ambik ayah yer **memujuk lah konon** [padahal 2,3,4 hari lepas pun aku dh ckp mcm gitu]...huhuhukkk
Aimi : oklah..nnt kita tggu ayah balik nehhhh...
Mak : Ok [ermmmm..rindu benor kot kat Ayah tu...]

Seronok tengok anak dah besor, dpt cit cat!!! luv u Aimi cuk.. jd 'kawan' Mak.

** Sekarang ni, hati kami berbunga riang, sbb nye??? tunggu ayah balik...jeng jeng jeng.


xoxo
Muni Qazrina

Monday, October 11, 2010

Sudah tukar daaaaaaaaa....

Tetiba arini nak chek baki cuti. Sebab nye nak ambik cuti minggu depan, coz ade hal yg nak disetelkan. Lagi satu Mr asben ajak g jln2..yg tu planning nye aje. Belum konpem lagik..baki cuti cuma ade 6 HARI jer lagikk!!!!! loooooo...nape plop jd gitu. 3hb Oktober aritu chek baki ade lg 11 hari!!!! admin kata, baki cuti yg tahun lepas nye just bole foward 2 hari jer....loooo, pulok??? naper dh nak akhir tahun ni baru bgtau??? kita2 sume, xcelly dah plan cuti tahunan. Macam staff yg 'mak2' [include aku] ni mmg kena standby cuti. Kot2 lah ade emergency. Sbg cth nye; anak sakit ker...ermmmm, nk buat camner. Dah keja dengan orang namanya kan???just follow jer lah. Saya ni cuma orang bawahan jer!!! 

*** Ade 2 bulan lagi nak ke tahun depan. Cukup ker cuti 6 hari ni??????????huhuhuhukkk..haru betulll...

xoxo
Muni Qazrina

Gen2 & Satria Neo_dipanggil balik oleh Proton

Aku baru dpt tau arini citer nih..punyer lh tk ambik peduli betul!!! tu pun, my boss yg tnya...huaaaaa

Korang baca ni lah yer, senang. tak yah aku explain pjg lebar!...
Proton dalam kenyataan di akhbar hari ini mengumumkan penarikan balik secara sukarela 15,911 unit atau dua peratus daripada 660,000 unit kereta Gen2 dan Satria Neo yang dikeluarkan dan dijual dalam tempoh  2004 hingga 2008 akibat masalah kerosakan pada “clock spring”.
Kerosakan tersebut boleh menyebabkan bunyi geseran dalam stereng, hon berbunyi atau lampu kereta terpasang sendiri, kerosakan suis kawalan audio dan dalam kes lebih serius boleh menyebabkan pelepasan beg udara di bahagian pemandu.
KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (PROTON) memanggil semula kereta Gen2 dan Satria Neo yang dikeluarkan di antara 2004 hingga 2008 disebabkan kerosakan pada komponen ‘clock spring’ yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan.
Pengarah Urusan Kumpulan PROTON, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata komponen terbabit menyambungkan beberapa suis dan beg udara kepada peralatan seperti radio, hon dan kawalan ‘cruise’.
Katanya, ujian rutin mengenal pasti kerosakan pada ‘clock spring’ menyebabkan bunyi geseran dalam stereng, hon berbunyi atau lampu kereta terpasang sendiri, kerosakan suis kawalan audio dan dalam kes lebih serius boleh menyebabkan pelepasan beg udara di bahagian pemandu.
Beliau berkata, panggilan sukarela itu adalah sebahagian daripada program jaminan kualiti global Proton membabitkan 15,911 unit atau dua peratus daripada 660,000 unit kereta yang dikeluarkan dan dijual dalam tempoh berkenaan.
“Meskipun bilangannya kecil, keselamatan pelanggan kami sangat penting dan kami memohon maaf berikutan masalah itu.
“Kami berharap pelanggan memahami bahawa panggilan semula ini perlu untuk memastikan keyakinan berterusan terhadap keselamatan dan prestasi kenderaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Pemilik kenderaan yang terbabit boleh menghubungi mana-mana pusat servis Proton yang sah untuk membuat temu janji bagi mendapatkan pemeriksaan percuma.
Semua kos buruh dan peralatan yang berkaitan penggantian ‘clock spring’ akan disediakan tanpa caj di pusat sah Proton di seluruh negara.
Proton akan menghantar surat kepada pelanggan yang terbabit untuk memaklumkan mereka mengenai perkara itu.
Pada masa sama, Proton membuka laman web khusus, www.protonaftersales.com untuk membantu pelanggan menyemak tahun pengeluaran kenderaan masing-masing.
Perkara sebegini memang biasa dalam dunia automotif, Honda dan Toyota pun boleh berdepan masalah kerosakan yang tidak disengajakan. Apapun, kerosakan pada “spring coil” ini nampaknya tidak boleh dipandang ringan, walaupun tiada kes yang kita dengar berkaitan kerosakan itu, tindakan dari pengguna sendiri harus dipertingkatkan. Bahaya juga bila “air bag” boleh terbuka sendiri.
Apapun, kes ini sedikit sebanyak akan menurunkan keyakinan pengguna kepada Proton jika Proton tidak mengambil langkah yang sewajarnya.

p/s : Kepada pemilik Gen2 dan Satria yang dinyatakan diatas, elok cepat-cepat pergi tukar atau baiki di  pusat sah Proton, jangan tunggu terdengar kes atau terjadinya kemalangan baru nak pergi..

ermmm...nasib baik my WQK tak terlibat nih. Sebab td jer br call servis centre tanya camner..so, berpuas ati lah. Tak lah rase gundah gelana bila 'drive'...
xoxo
Muni Qazrina

Sunday, October 10, 2010

Ten Ten Ten...

Today, is ten ten ten @10.10.10..very nice date!!! Tarikh yg chantek sgt utk saper2 yg bakal naik pelamin ataupun yd dpt bb arini atau yg berkaitan seumpamanya lah...aku??? tkde excited sgt dgn arini coz tkde apa2 yg menariks. Cuma menunggu Mr Asben akan balik lah......... ^_____ ^

** mood Mek cuk arini, bagus. pagi2 dah siap mandi..tunggu mak balik yer kul 5 nnt!!!

xoxo
Muni Qazrina

Saturday, October 9, 2010

Bekpes :: Sandwich Telur

Arini..sepatutnye ke Kemaman > mengantor menantu (anak sepupu aku) yg kawen minggu lepas. Tapi, disebabkan beberapa masalah teknikal yg tidak dapat dielakkan (aku demammmm...) kepale still berdenyut & idung berair2 ni, so lepaks umah jer lah arini. Ptg nye agenda, tk tau ag. Bekpes pg ni, aku bikin Sandwich telur daaaa..teringin nk makan. Senang jer, telur ayam tu direbus dan dilenyek+mayonis. Klu nk best lg , taruk lada sulah + salad. Pg ni bt cincai jer. Layannn jer berdua dgn mek cuk.

lawokss bgn tido:: Prof. Bedah....


Mek cuk wif Egg Sandwich, sambil layannn 'Ceplos'

nyumm nyummmm...

Terluper nk snap ayam grg Ayamas... dah masuk perut daaaa... Thari ni nak masuk ape erkkk????

xoxo
Muni Qazrina

Friday, October 8, 2010

'Ek-ok' lagi...

Agenda arini :: Badan tak brp sihat dr semalam lagi, kepala berdenyut & idung berair.. going to 'demam' lah ni. Tapi, kuatkan ati jgk kuor. Sian plop mek cuk ni, dah le hari2 kena kurung. So, time aku tak keja ni lah bole bawa die kuor, jln2 cr makan. Salah satu faktor kuor arini, susu dah abis!! kena lah jgk cr bekalan mek cuk ni. B4 g Sabasun, singgah dulu kat Mc'd. Main 'ek ok'..nasib tak ramai sgt org, memandangkan waktu petang masih awal (4.30pm)..pas puas ati die main, baru chow beli barang. Tu pun , siap ajak g main 'ek ok' kat Giant plop. ermmmm, next time lah..Mak tak larat dah.. layannn jer lah pic ptg td yer...





** Aku suka bawa Aimi sini sbb playground die tak ramai sgt bdk2, tk delah kotor sgt.

xoxo
Muni Qazrina

Thursday, October 7, 2010

PESANAN BUAT SUAMI - Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

xoxo
Muni Qazrina

Mariana's wedding!!

Korang mesti tggu entri ni kan?? Mariana's nye wedding. Die ni merangkap anak sepupu aku. Mak die tu kira nya sepupu aku. Layan jer lah pic yg ade nih..blum edit sepenuhnya lagi!!
Inilah orang nye, sebelah tu my cousin a.k.a mak pengantin lah..

sedara mare n family..akad nikah kat surau

aku terima nikahnya Tengku Mariana Bt Tengku Arif....

selamat sudaaaa..


 pose pengantin!!

Mase resepsi at Sumai Suite..

At Sumai..

Setakat ni jerlah dulu pic nye, nnt dh siap sepenuhnya pic wedding dorang, up load lg yea..
Pepun, diucapkan kepada pasangan pengantin:: 'SELamaT MelaYARI aLAM rumahTAGGa..sEMOga berBAHGIA Ke AkHir HAyaT!!!!AmEen....

xoxo
Muni Qazrina

Wedding of The Century

Just saje2 nak share 'Wedding of The Century'- Dr SMS..Angkasawan Pertama Negara. Kabo nye nak bersanding atas kayangan gitu. Kedua dua nya padan, cumill sgt2. Nantikan yer 10.10.10 ni, tarikh keramat. Klu tak silap 'live' from TV. Tak sabor nak tengok nih... Jom tgk kad kawen dorang! Culik dr cari forum..

cover...

nice kan???

xoxo 
Muni Qazrina

Wednesday, October 6, 2010

M.I.S.S.I.N.G

Tarikh keramat..01.10.10, macam best jer erk date tu. Memang best pun, kami punye family dpt ahli baru. Mariana's wedding!! So, bertambah lagi sorang ahli. Merangkap anak sepupu aku. Kiranya mak die mcm akak aku dah. Sebabnya kami ni dijaga dr kecik oleh nenek. So, kira rapat macam adik beradik lah. 
Siang nye majlis kat umah @ dewan >>> nantilah buat entry tu..tunggu yea!!
Malamnye >>> majlis resepsi kat hotel, nantilah buat entri jugak yea.

Kat sini nak citer kan ttg tajuk entri kat atas tu. Aku kehilangannnnnnn......al kisah mlm dinner tu lah. Aku diminta menjadi MC@juruacara lah mlm tu. Bkn majlis besor pun, ala2 family kedua dua pihak jer. Aimi diawasi oleh Anis a.k.a adik Mariana. Mmg die kamcing 2 org tu. Tapi dlm pd mase sama, aku still memantau jgk Aimi cuk ni. Budak2 kang, tp alhamdullah die ok jer mm tu. Seat kat bb seater, may be kat hotel kot. Tu yg baik jer!! hehehe... 
Time makan, aku suapkan die mkn (at meja VIP). Bayk jgk lah die mkn, pas makan die terlena di pangku. May be penat sgt kot, seharian jd Raja sehari..(mmg die tak tido) pun. Mase aku buka kan kasut die i feel, something.. ermmm, rase semacam je kat kaki die..kosong!!
 Then, nearly 10.30..should chow lah, dh agak lewat. Kesian Aimi cuk dh zzzzzzz..ckp dgn tuan umah, nk blk..Depa tak kasi coz blk htl, homestay n umh pun ksg. Tak selesa lah plak coz bekalan dh abis. Tak prepare pun nk stay sana. Balik umah jer lh. Lagi pun bkn jauh sgt, drive 15 min dh smp umh. Mase letakkan Aimi cuk dlm keta pun, rase kaki die kosong!!!!
Sampai umah, tukar kan die baju tido. Buka FB, chat dgn Mr Asben..tido nearly 12.00 am..

Next morning...tb2 terpandang kaki Aimi cuk lagi..memang KOSONG!!!!!OMG..... rantai kaki die????????? haru tul aku. Cepat2 cari atas tilam..takde!!! Cari dlm keta...takde!!!! Call umah sana suruh depa cr kat dewan dulu. 
Aku bersiap2 n kejutkan Aimi nak p  cr kat hotel plak, mane tau kot2 ade/ Tp, dlm ati..mmg dh tk jumpa kot!!!!! tawakkal jer.
Cari punyer cari.....memang confirm... TAKDE!!!!!!!waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...gelang tu Ayah belikan utk Aimi cuk before Raya baru ni. Nearly RM1k jgk.... huhuhuhuhuhuhuhukkkkk..sedih tulllllllllll!!!!
Sory ye Ayah..Mak bukan sengaja!!! Nanti Mak ganti yg baru utk Aimi..

Bila tanya Aimi ; mana gelang Aimi??? die jawab....." AIMI BUANG...KAT DAPUR"!!!!!!!lagi haru aku....

 Inilah gelang kakinya...tinggal kenangan!!

xoxo
Muni Qazrina

Hadis-Hadis Nabi : Mengenali WANITA!!


Ramai yang tidak tahu bahawa ada beberapa pekara yang telah tercatit dalam hadis yang mengisahkan perbezaan darjat kaum wanita dan lelaki. Perbezaan-perbezaan ini yang menaikan darjat kaum wanita.Ciri-ciri tersebut disesenaraikan di bawah ini :-
  1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

  2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

  3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

  4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.

  5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

  6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

  7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

  8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganay, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

  9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

  10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

  11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

  12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

  13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

  14. Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

  15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.

  16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

  17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

  18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

  19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah.Wanita sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

Sumber :http://pusatislam.eng.usm.my

17 Petua Mencuci Hati

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
  1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang 
    sungguh berkesan.Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku 
    bersih”
  2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini 
    merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa 
    diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan 
    semua perkara kebaikan.
  3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan 
    menenangkan minda.

  4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, 
    penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” 
    sebanyak 3X.

  5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu 
    sebutkan.

  6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri 
    sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku 
    sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
  7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum 
    senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, 
    esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian 
    saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur 
    sehingga keesokan harinya

  8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-
    perkara kejahatan.

  9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak 
    sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

  10. Kekalkan wuduk.

  11. Bersedekah.

  12. Belanja orang makan.

  13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.

  14. Berkawan dengan ulama.

  15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

  16. Pesan pada orang, jadi baik.

  17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Tuesday, October 5, 2010

Pic R.A.Y.A 2010 (Part 1)

Baru kesempatan nak post pic Raya baru ni..tak yah citer pjg lah, layannnnn jerrr ye pic yg sempat disnap..


1st day Eid 2010
 
 Aimi buat mimik muka seposen daaaa...
 






three of us




Setakat ini dulu yer, nnt senang2 up load lg..pic tak byk pun, biasa lah berukband kang!!! hehehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...