SUDI SUDIKANLAH, TINGGALKAN LINK ANDA UNTUK SAYA MELAWAT KEMBALI KE 'RUMAH' ANDA..

Thursday, August 4, 2011

PUDING DIRAJA [PAHANG]

Sesekali ku rasa teringin...

Nak buat Puding Diraja [Pahang]..
Korang penah makan tak?
Seingat2 dulu my bespren ade penah buat
YANA!!! org Pekan ..
And now dia buka bazar Ramadhan
Jual puding ni..
Masalhnya nun kat Kuantan sanaaa daaaa..
Mcm ne mau terjah?
Td masa terjah Param kat Pantai Batu Buruk
Ade ternampak mcm puding tu
Tapi, mcm dop menarik je eh..
Itu yg timbul niat di hati nak godek2 sendiri
Nak acu cuba try test dulu
Menjadik ke idak nye..heheheheeeee..


Inilah rupenya...
Macam menarik kan?????

Ni aku gugel resepi nya...

Bahan-bahan
  • 4 sikat pisang lemak manis – dibuang kulit
  • 1 cawan biji gajus – digoreng
  • 2-3 genggam urat emas/jala emas
  • 200g buah prun – dipotong empat
  • Buah ceri merah/hijau
  • 2 sudu besar minyak sapi*
  • Minyak untuk menggoreng
Untuk Kuah Puding
  • 1 tin (410 g) susu cair/sejat
  • 3 biji telur – diambil kuning sahaja
  • Daun pandan – disimpul
  • Air sebanyak ½ tin susu
  • 1-2 cawan gula (ikut rasa)
  • Esen vanila
*untuk mengelakkan pisang dari melekat
Cara memasak
  • Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh.
  • Goreng pisang sehingga kuning. Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak yang berlebihan.
  • Goreng biji gajus.

Kuah Puding
  • Pukul kuning telur bersama susu cair/sejat dan air. Tapis untuk membuang pusat putih telur.
  • Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Jangan guna api besar dan kacau selalu supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.
Cara Menghidang
  • Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan urat emas.
  • Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus. Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.

Tunggu aje kemunculannya nanti ye..tapi, blum tau bila nk buatnya, hahahhaaaaaaaaaaaaaa..haru2

xoxo
Muni Qazrina

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...