Saja2 nak share somthing dgn korang pepagi ni..
Meh pakat bace yea...^_______*
Tubuh mendapat bekalan tenaga daripada makanan karbohidrat seperti roti, nasi, bubur dan kuih-muih. Karbohidrat bertukar menjadi glukos yang disimpan di dalam hati dan otot-otot dalam bentuk glikogen.
Selain itu, tubuh juga mendapat sumber tenaga daripada pemecahan protein badan yang membentuk glokus melalui proses glukoneogenesis. Bagaimanapun proses ini berlaku apabila simpanan karbohidrat habis digunakan oleh tubuh.
Jadi untuk mengelakkan rasa lapar, letih dan tidak bertenaga semasa berpuasa, anda perlu memaksimumkan simpanan glikogen. Caranya ialah dengan melewatkan sahur, kerana glukos daripada sumber karbohidrat yang dimakan pada waktu sahur akan tahan lebih lama.
Ketika bersahur, ambil makanan yang lambat dihadam seperti nasi, capati, roti jagung, oat, bijirin, roti mil, sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan-makanan ini mengandungi karbohidrat kompleks dan serat yang akan berada lama dalam perut dan melambatkan rasa lapar.
Apabila berbuka pula, lebihkan makanan yang cepat dihadam seperti roti putih, kuih-muih, jus buah-buahan, sup dan bubur. Makanan-makanan ini mengandungi gula dan refined karbohidrat yang cepat dihadam. Kurma adalah contoh terbaik kerana ia mengandungi gula, serat, karbohidrat serta zat galian yang baik untuk kesihatan.
Ia dapat membekalkan sumber tenaga segera. yang diperlukan oleh tisu dan sel dalam tubuh bagi menggantikan bekalan yang digunakan pada siang hari.
Makanan bergoreng atau berlemak boleh menyebabkan ketidakhadaman, seterusnya mengalami pedih hulu hati. Jadi kurangkannya.
Makanan yang terlalu manis pula tidak dapat disimpan lama kerana dihadam terlalu cepat. Jadi jika makan makanan sebegini, tidak hairanlah seseorang cepat terasa letih.
Makanan berempah dan terlalu pedas juga tidak begitu baik dalam suasana puasa kerana akan merangsang pengeluaran terlalu banyak asid gastrik. Mereka yang mempunyai masalah gastrik elokkan mengelak makanan sebegini.
Sama ada berbuka atau bersahur, makanlah secara sederhana, seimbang dan berkhasiat.
Untuk menghilangkan dahaga pula, elakkan yang berkafein dan air berkarbonat kerana minuman-minuman ini menyebabkan anda lebih kerap membuang air, dan mempercepatkan kehilangan cecair.
Sebaiknya, minum jus buah-buahan yang lebih berkhasiat, susu atau air kosong. Pastikan anda minum banyak air semasa selepas berbuka dan bersahur agar bekalan cecair di dalam tubuh mencukupi.
Selamat Berpuasa!
Sumber : SINI
xoxo
Muni Qazrina
No comments:
Post a Comment