SUDI SUDIKANLAH, TINGGALKAN LINK ANDA UNTUK SAYA MELAWAT KEMBALI KE 'RUMAH' ANDA..

Sunday, July 31, 2011

NIAT

Niat Puasa Ramadhan 

Lafaz niat untuk sebulan puasa :

"Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala"
Lafaz niat puasa (harian) :

"Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala"

Doa Berbuka Puasa


"Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang"

Doa Selepas Berbuka Puasa


"Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu."
  
xoxo
Muni Qazrina

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...