SUDI SUDIKANLAH, TINGGALKAN LINK ANDA UNTUK SAYA MELAWAT KEMBALI KE 'RUMAH' ANDA..

Monday, October 11, 2010

Gen2 & Satria Neo_dipanggil balik oleh Proton

Aku baru dpt tau arini citer nih..punyer lh tk ambik peduli betul!!! tu pun, my boss yg tnya...huaaaaa

Korang baca ni lah yer, senang. tak yah aku explain pjg lebar!...
Proton dalam kenyataan di akhbar hari ini mengumumkan penarikan balik secara sukarela 15,911 unit atau dua peratus daripada 660,000 unit kereta Gen2 dan Satria Neo yang dikeluarkan dan dijual dalam tempoh  2004 hingga 2008 akibat masalah kerosakan pada “clock spring”.
Kerosakan tersebut boleh menyebabkan bunyi geseran dalam stereng, hon berbunyi atau lampu kereta terpasang sendiri, kerosakan suis kawalan audio dan dalam kes lebih serius boleh menyebabkan pelepasan beg udara di bahagian pemandu.
KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (PROTON) memanggil semula kereta Gen2 dan Satria Neo yang dikeluarkan di antara 2004 hingga 2008 disebabkan kerosakan pada komponen ‘clock spring’ yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan.
Pengarah Urusan Kumpulan PROTON, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata komponen terbabit menyambungkan beberapa suis dan beg udara kepada peralatan seperti radio, hon dan kawalan ‘cruise’.
Katanya, ujian rutin mengenal pasti kerosakan pada ‘clock spring’ menyebabkan bunyi geseran dalam stereng, hon berbunyi atau lampu kereta terpasang sendiri, kerosakan suis kawalan audio dan dalam kes lebih serius boleh menyebabkan pelepasan beg udara di bahagian pemandu.
Beliau berkata, panggilan sukarela itu adalah sebahagian daripada program jaminan kualiti global Proton membabitkan 15,911 unit atau dua peratus daripada 660,000 unit kereta yang dikeluarkan dan dijual dalam tempoh berkenaan.
“Meskipun bilangannya kecil, keselamatan pelanggan kami sangat penting dan kami memohon maaf berikutan masalah itu.
“Kami berharap pelanggan memahami bahawa panggilan semula ini perlu untuk memastikan keyakinan berterusan terhadap keselamatan dan prestasi kenderaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Pemilik kenderaan yang terbabit boleh menghubungi mana-mana pusat servis Proton yang sah untuk membuat temu janji bagi mendapatkan pemeriksaan percuma.
Semua kos buruh dan peralatan yang berkaitan penggantian ‘clock spring’ akan disediakan tanpa caj di pusat sah Proton di seluruh negara.
Proton akan menghantar surat kepada pelanggan yang terbabit untuk memaklumkan mereka mengenai perkara itu.
Pada masa sama, Proton membuka laman web khusus, www.protonaftersales.com untuk membantu pelanggan menyemak tahun pengeluaran kenderaan masing-masing.
Perkara sebegini memang biasa dalam dunia automotif, Honda dan Toyota pun boleh berdepan masalah kerosakan yang tidak disengajakan. Apapun, kerosakan pada “spring coil” ini nampaknya tidak boleh dipandang ringan, walaupun tiada kes yang kita dengar berkaitan kerosakan itu, tindakan dari pengguna sendiri harus dipertingkatkan. Bahaya juga bila “air bag” boleh terbuka sendiri.
Apapun, kes ini sedikit sebanyak akan menurunkan keyakinan pengguna kepada Proton jika Proton tidak mengambil langkah yang sewajarnya.

p/s : Kepada pemilik Gen2 dan Satria yang dinyatakan diatas, elok cepat-cepat pergi tukar atau baiki di  pusat sah Proton, jangan tunggu terdengar kes atau terjadinya kemalangan baru nak pergi..

ermmm...nasib baik my WQK tak terlibat nih. Sebab td jer br call servis centre tanya camner..so, berpuas ati lah. Tak lah rase gundah gelana bila 'drive'...
xoxo
Muni Qazrina

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...