SUDI SUDIKANLAH, TINGGALKAN LINK ANDA UNTUK SAYA MELAWAT KEMBALI KE 'RUMAH' ANDA..

Monday, September 26, 2011

'BAITI JANNATI'

Assalamualaikum wbt..

Selamat pagi Isnin!

Arini mood tak berapa ongg lah
Sebab ade 'benda' yg menyemak kepala otak aku ni
Melayan karenah ORANG yg Hipokrit
Orang yang cakap tak serupa bikin
Orang yg sudah meludah, tapi jilat balik
Uarrrraggghhhhh....
Klu diceritakan berjela2 lah pulak
Tapi share lah sikit2, at least tak 'terpendam' sgt kat DALAM ni
Arrghhhh, just forget it
* Mood nak sedapkan ati...


Okeyyyyy...
Berbalik kepada tajuk entri kat atas * skema giler ayat
Cantik tak nama tu?
Aku ade terpikir nak taruk kat umah baru nnt...


Meh aku share sket dgn korang...aku selongkar kat pakcik Gugel aje :

"Baiti Jannati" sudah merupakan satu bentuk ungkapan yang sering disebut-sebutkan. "Rumahku, syurgaku." 



Perkara pertama yang perlu difahami ialah, "Baiti Jannati" membawa maksud bahawa rumah adalah tempat yang membawa kebahagiaan kepada kita. Manakala kebahagiaan itu pula, Allah tidak pernah kaitkan dengan sebarang kebendaan. Seseorang yang tinggal di dalam pondok kecil boleh bahagia, seseorang yang tinggal di dalam banglo juga boleh bahagia. Inilah keadilan Allah. Oleh kerana urusan rezeki adalah ketetapan qadha' dan qadar Allah, maka Allah tidak kaitkan bahagia dan derita dengan sesuatu yang diluar kawalan manusia. Kebahagiaan hanya bergantung sejauhmana ketenangan dicapai oleh hati manusia. Bagi mencapai ketenangan ini, hati hanya perlu dihubungkan dengan Sumber Segala Ketenangan, iaitu Allah Azza Wa Jalla. Itu sahaja.

Seorang yang miskin boleh hubungkan diri mereka dengan Allah, seorang yang kaya juga boleh hubungkan diri mereka dengan Allah. Seorang yang anak ramai boleh hubungkan diri dengan Allah, seorang yang tidak ada anak pun boleh hubungkan diri dengan Allah. Seorang yang tinggal di dalam istana boleh hubungkan diri dengan Allah, seorang yang tinggal di gubuk buruk pun boleh hubungkan diri dengan Allah. Allah tidak pernah pilih kasih, dan satu-satunya neraca ukuran Allah ialah agama. Sejauhmana kita bawa agama dalam diri kita, maka sejauh itulah juga hubungan kita semakin erat dengan Allah.

Inilah keadilan, dan rahmat yang amat besar daripada Allah untuk hamba-hambaNya. Semuanya mempunyai peluang yang sama rata di sisi Allah.

Amacam???

xoxo
Muni Qazrina


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...